Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit UA SIGNATURE SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Sunday, May 06, 2012

Apa yang dapat? ..haha

Korang sokong kelab-kelab bola sepak luar negara sampai fanatik dan bertekak ni semua apa yang korang dapat eh? haha. samalah dengan aku, aku peminat tegar AC MILAN tapi sekarang dah tak minat kot, sebab player yang aku minat dah pencen!  Prestasi AC MILAN pun dah down,..alahai.

Ada fans yang sampai memaki hamun, ejek mengejek dan bertumbuk! masing-masing men'declare'kan diri mereka peminat setia sehidup semati secara unofficial! maka tertubuhlah sebuah kelab peminat yang tidak berdaftar!  tapi oklah, daripada melepak tak tentu pasal, baik tengok bola. haha.

Daripada korang tengok TV ramai-ramai tonton perlawanan team korang 2 jam, apa kata korang up lagi 4 jam, untuk pergi memancing. sekurang-kurangnya, memancing dapat Ikan dan boleh dimakan, tapi bola? korang nak makan bola ke? haha...korang sokong bagai nak gila sampai putus kawan pun, bukannya kelab EPL tu kesiankan korang ke, ape ke. baik korang sokong kelab bola Malaysia. sekurang-kurangnya, korang boleh nampak kelibat mereka buat part time jika mereka tiada 'job'( perlawanan) , dan mereka boleh meluangkan masa dengan anda dalam jangkamasa yang agak panjang.

Kalau korang nak kena 'kopok' cubalah lalu depan 10 orang penyokong Man U dengan memakai baju Chelsea, provok team mereka, dan pastikan pada masa itu, perlawanan antara Man U dan Chelsea sedang live dengan Chelsea mendahului Manchestee 2-0. Cubala. Hah...Itulah yang korang akan dapat sebenarnya....haha..

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi