Kelebihan

Sepanjang 8 tahun aku bawa kenderaan, aku tak pernah eksiden. bukan nak cakap besar.lagipun aku bawa pun takdelah laju sangat dan sentiasa elak-elak. haha.

Aku tak pernah tahu pun kelebihan membaca ayat kursi ni, dan aku faham la sikit-sikit maksud terjemahan ayat ini. aku suka baca potongan ayat dari surah Al Baqarah ni. hehe..rupa-rupanya aku sentiasa dilindungi oleh malaikat-malaikat.

kalau korang amalkan ayat ini, insyallah anda akan dijauhi dari sebarang bencana kerana apa? kerana apa? ceh, macam ustaz pula, kerana ada 70000 malaikat akan menjaga mu setiap masa, ketika tidur, ketika di jalan raya atau dimana-mana je.

Aku bukanlah seorang tahfiz, surah yang aku ingat pun ialah 3 Qul dan ayat kursi je..hehe..insyallah ingat nak refresh balik dengan cikgu mengaji. 

Tapi korang amalkan la walau dimana korang berada. Insyallah, anda akan dilindungi dari sebarang gangguan jin , manusia keselamatan anda. Kalau korang lantik bodyguard 10 orang pun, tapi kalau tak minta pertolongan dari Allah dan tak ingat Dia,  tak guna.


Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.