blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa

30 Okt 2014

Gambar Ini Bukan Edit

Zaman serba canggih ni, semua kata kata kena disertakan gambar sebagai bukti, kalau tak nanti orang tak percaya, sama macam dengan situasi seperti gambar di bawah ini, sebagai contoh seperti melalui sms ni : 'Bos, saya masuk lewat sikit ya, tayar kereta saya pancit, hantar kedai jap', bos reply mesej kita, 'ok, kau jangan tipu saya, mana gambar', dan situasi yang kedua, 'Bos, saya cuti kecemasan hari ini, sebab nenek saya meninggal', bos membalas mesej, alahai, tahun ini, sudah enam (6) kali nenek kau meninggal, kau ada berapa orang nenek ni ? 

Itu situasi yang biasa kita dengar, situasi aku pula, lagi sedih, iyelah kerja sebagai web designer, dan kerja bab-bab manipulasi gambar memang 'makanan', kadang kadang bila kita bersama rakan-rakan bercerita pasal sesuatu hal yang kebetulan kita pun pernah melaluinya dan kebetulan ada ambil gambar sebagai kenang-kenangan dalam telefon, saja je nak kongsi dengan rakan rakan untuk tatapan! bila tunjuk gambar, kita rasa macam bangga gila lah wei, maknanya kita takdelah cakap kosong! tapi yang kesiannya, rakan rakan cakap itu gambar edit ke? bohong la!
 

Gambar Ini Bukan Edit




Sudah tunjuk gambar, pun orang masih tidak percaya, payah kalau jadi designer ni, nak lagi kalau pandai guna photoshop! apa lagi bukti yang aku nak tunjuk untuk nak sedapkan cerita bila dengan kawan kawan? haha ini bukan tipu! ini betul-betul lah! kalau gambar pun orang dah tak percaya, ini kan pula sekadar bercakap kosong je...! ok kalau tak percaya, sudahlah, kalau aku tipu, aku berdosa dan Tuhan je yang tahu! Geleng kepala je! Tukar profession la cam ni! Bosan, Gambar Ini Bukan Edit !

Anda Mungkin Meminati :

3 komentar:

  1. wahh web designer , salah satu bidang parihh minat . tapi ikan tu ? mak aiii besar btul hahaa

    BalasHapus
    Balasan
    1. Itu gambar betul tahun lps masa pg endau..tpi member kta gmbr edit..hanya designer faham designer..
      Skrng kan zaman superimpose...kau percaya ke tak ni ??;)

      Hapus
  2. Hehehe..sabar ye..xpe2 Cik Mimie percaya :)

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih