Hari ini agak stress di pejabat, Entahlah asyik nak marah je, maybe banyak error keluar di dalam sistem, pening dah tengok koding, kena isi markah untuk staff lagi, markah bebudak ni semua aku bagi 90 keatas, baik tak aku? bagi diorang semangat sikit nak bekerja, kesian diorang penat kerja, bila markah tinggi takkan lepas ni nak kerja sambil lewa kan? mestilah menunjukkan hasil yang cemerlang selari dengan markah yang diberikan.
Baik aku keluar minum jap di kedai, sampai je di kedai, Ternampak Seorang Budak Lelaki Aneh, yang kerja kat kedai ni, bukan main geleng anguk kepala, lain macam lagu dia dengar, bila aku perhatikan betul lagu apa yang dia layan tu sambil mulutnya seperti bercakap sesuatu, Oh! pakai walkman rupanya, bila aku tanya mee goreng itu berapa harganya, dia tak respon, aku pun tanya lagu apa kau dengar tu dik? Budak tu cakap, lagu biasa biasa je bang, saja layan kepala bang.
Boleh abang nak dengar sekali lagu tu? Sebab abang suka muzik juga macam adik, aku ambil pun ambil sebelah earphone dia dan pasang kat telinga, ermm kosong dan senyap je, takde bunyi langsung! Mana lagunya dik?? Ermm budak tu cakap takde lagu bang, saja je nak eksyen. Buka walkman tu, eh, takde kaset pun..! Alahai, aneh la kau ni dik, tinggi ilmu kau, boleh pula nak eksyen eksyen bagai! macam ini punya orang pun ada kah? Ingatkan dapatlah aku release tension, tapi makin tension aku dibuatnya, what a day. Macam mana lah aku boleh Ternampak Seorang Budak Lelaki Aneh ni..
Sejak dari peristiwa tadi, aku kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan ini, ada lagi rupanya orang yang perangai lagi pelik dari aku, aku ingat aku sorang je aneh.
Hahaha.pelik betul lah,,ada juga orang macam ni yer =)
BalasHapusTension jugak ye? Hehehe.. Jom dgr lagu junainah tu.. :)
BalasHapusTq sudi bloglist kn kathy ye? Nanti kathy bloglistkan belog ini juga di belog bloglist kathy..
HapusSmall matter je tu..tdi tension..tpi lepas dengar lagu tenangkan jiwaku oleh seniwati junainah m amin...dah ok sikit...hee
Hapuserk? biar btl? dh tu yg dia beria geleng2 tu..hehe.mcm2 lah
BalasHapusMungkin budak tu banyak masalah..dan happy bila buat mcm tu
Hapushahah.. boleh pulak saja saja buat buat dengar walkman tu ye.. takpe mungkin itu cara dia kan ;)
BalasHapushahahaha adehh camtu pon boleh gak no?
BalasHapusBateri walkman dah habis kot. Pastu xnak kalah tu yg buat2 dengar je tu. hehe. Masalah banyak kot budak tu. ke earphone sebelah rosak.
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.