Nenek aku ada menternak ayam kampung, entah dari mana datang ayam tu aku pun tak faham, dan bila musim bertelur, nenek akan kutip jual telur dengan harga RM 0.50 sen sebiji, untuk menjadikan ayam ni sihat bertenaga dan kejap kejap bertelur ni, kena bagi makan beras padi dan apa entah, dah lupa, tapi bagus juga kan, boleh buat duit! Hidup di suasana kampung, ni memang sesuai la, tak kisah pun pasal bau, dan bunyi bising ayam. Orang kampung sempoi, santai.

Dalam masa yang sama, aku memang minat makan telur separuh masak, hampir setiap pagi, aku mesti kena telur separuh masak, dah terbiasa dari masa kecil macam tu, telur separuh masak, mak buat kan lepas tu letak kicap manis kipas udang, wah! Memang sedap dan berkhasiat..!  berkhasiat dan menambah protein dalam badan.

Tak Reti Makan Telur Ayam Kampung

Di pendekkan cerita, masa hari melawat nenek sekejap haritu, dia sempat beri 15 biji telur ayam kampung, katanya aku suka makan, sebagai tanda sayangnya seorang nenek kepada cucu kesayangannya ini, dia bagi percuma! dia kata, hah, makan lah, kalau nak lagi, datang la jumpa nenek !

Sampai je rumah, aku terus pesan pada mak, esok pagi nak makan telur separuh masak, tapi apa yang jadi, lepas pecah kan telur tu, letak kicap, terus hirup masuk dalam mulut..! Phui! Terkeluar balik, peh! lain macam hanyir wei...! Takpela aku telan ayam karen pun ayam karen la!....tak boleh telan makan telur ni! Telur penyu pun takde hanyir macam ni, eh, maaf, serik nak makan

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. ana pulak mmg x pernah mampu utk makan telur gitu je. yg goreng pon selagi boleh xnak die cair2 ke 3suku ke. nk betol2 masak baru makan hehe

    BalasHapus
    Balasan
    1. sedap wei Ana..! ermm tapi telur ayam kampung! perghhhh....loya tekak aku ..hanyir lain macam...! lagi letakkicap...lagi pui..haha

      Hapus

Posting Komentar