banner_blog2020 (3) skytech2020new latihanICT

6 Nov 2014

Masih Tidak Puas Hati Lagi

Apa gunanya ada korang kan? boleh lah bincang, aku masih tidak puas hati lagi dan bertukar pendapat! aku nak posting semula pasal isian minyak ikut liter atau RM, mana yang lebih menguntungkan kita? adakah balance liter menguntungkan syarikat minyak?

Aku perlukan pendapat dari korang, hehe hari ni aku cuba la mempraktikalkan isian RM 40.00, sepatutnya jumlah liter yang masuk kedalam tangki kereta berjumlah 17.3913043478..dari mana aku mendapat nilai liter itu? teknik kiraan dia 1 liter = RM 2.30, jadi, untuk mendapat nilai liter bagi isi RM 40.00, RM 40.00 / 2.30 = 17.3913043478 lah! kan?

Namun, selepas aku selesai mengisi minyak, aku mendapati meter noozle mencatatkan nilai liter yang masuk seperti gambar di bawah! Masih Tidak Puas Hati Lagi

Masih Tidak Puas Hati Lagi

Nampak seperti ada perbundaran nombor berlaku, macam pelik je kan, tapi selepas membuat penolakan nilai liter yang di perolehi dengan nilai liter sepatutnya jumlah baki nya menjadi 0.0006956522..! haha persoalan aku, kemana pergi baki tersebut?

Kepada pengusaha tauke minyak atau kepada siap ? aku tak menuduh dan tak pasti kesahihannya cuma aku berminat untuk membuat kiraaan semula, setelah hangat di bincangkan oleh berberapa bloggers! cuma nak tahu adakah isian mengikut liter untung ataupun nilai wang ringgit? Sebagai langkah yang terbaik buat masa ini, dan macam macam barang dah mula naik harga menuju inflasi! haha aku berpendapat baiklah aku mengisi mengikut nilai liter dan genap-genap, RM 46.00 untuk 20 liter! macam jimat dan masuk minyak pun penuh.

Aku pernah menulis entri berkenaan isu ini di SINI !! ada bloggers yang bersetuju mengikut nilai liter, dan ada yang tidak! emmm! terpulanglah kepada masing masing, ini untuk penjimatan juga!

Anda Mungkin Meminati :

4 komentar:

  1. sy skrg isi mmg ikut liter

    BalasHapus
    Balasan
    1. Samalah Mila..masuk genap2..
      Kalau ikut liter lebih untung kan kita rasanya...

      Hapus
  2. semenjak naik 2.30 aritu aku mmg isi genap2 je.
    senang aku kira.senang aku check meter nozel.
    hahaha

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih