blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa latihanICT

16 Des 2014

Panduan Berguna Ketika Mengulangkaji Pelajaran

Ini adalah panduan berguna ketika mengulangkaji pelajaran, ini adalah antara amalan yang sering aku lakukan sebelum menjawab peperiksaan akhir, namun terpulang pada diri korang, masing masing ada cara yang tersendiri dalam mengulangkaji pelajaran Aku hanya sekadar berkongsi sahaja, berdasarkan pengalaman yang dilalui.

Ok, mari kita lihat  panduan Berguna Ketika Mengulangkaji Pelajaran di bawah ini ;


1) Jangan memaksa diri untuk mengulang kaji

Jangan memaksa diri anda untuk mengulangkaji pelajaran ketika anda berada di didalam situasi yang tidak tenang. Aku akan mula mengulangkaji bila semua hal hal pejabat, keluarga, selesai dengan harapan tidak akan ada gangguan selepas itu. Pilihlah dan tentukan waktu waktu yang sesuai.
Panduan Berguna Ketika Mengulangkaji Pelajaran

2) Pastikan persekitaran pembelajaran sesuai

Untuk memastikan kekal fokus dalam mengulangkaji pelajaran, pilih persekitaran yang sesuai untuk membaca dan mengulangkaji, cuba korang bayangkan kalau korang membaca di dalam bilik air? pastikan akan menganggu fokus korang kan? Hias lah bilik membaca anda dengan kemas dan pasang bau bauan yang wangi supaya membangkitkan semangat belajar. Biasanya jarang buat sebab panik esok nak exam.

3) Pastikan anda tidak terlalu kenyang ataupun terlalu lapar

Bila membaca buku, mesti korang mengantuk, kan? sama macam aku, salah satu cara terbaik untuk mengubati imsomnia ialah bila buka dan baca buku. Pastikan anda tidak terlalu kenyang ataupun terlalu lapar ketika mengulangkaji, makan hanya sekadar alas perut agar tidak lapar.

4) Kurangkan menonton rancangan realiti hiburan atau cerita membabitkan pembunuhan.

Dulu masa aku di darjah 6, aku ingat lagi, ustaz aku ajar, kalau nak pandai dan cepat ingat, jangan pandang tahi (najis), ya memang betul boleh melemahkan daya ingatan korang. Bagi aku lah, kurangkan menonton cerita atau program realiti yang terlalu banyak hiburan. hentikan seketika dan jangan tengok pembunuhan dan darah. entah lah..aku memang tak suka pun tengok cerita membabitkan ngeri ni.

5) Hentikan ketawa yang berpanjangan dan terbahak bahak. 

Memang ciri ciri orang lemah ingatan, akan ketawa terbahak bahak dan bila ketawa panjang.

6) Beritahu jiran, rakan baik, saudara mara, atau rakan di alam maya yang anda di dalam mode belajar.

Beritahu rakan rakan baik anda, keluarga, atuk, nenek, bapa saudara, anak buah melalui media sosial, komunikasi verbal atau sebagainya yang anda tidak mahu di ganggu di dalam tempoh yang di tetapkan.

7) Mengamalkan teknik mengingat menggunakan huruf (Mnemonik).

Sebagai contoh, perkara perkara yang boleh merosakkan negara ada 3, rasuah, cinggey, datang lambat. R untuk rasuah,  C untuk Cinggey  DL untuk datang lambat. Aku selalu ingat pangkal huruf, yang isi nya korang boleh guna common sense. Itu sahaja Tips Berguna Ketika Mengulangkaji Pelajaran dari aku. Terima kasih.


Anda Mungkin Meminati :

6 komentar:

  1. Wah banyak tips berguna..bertuah yang rajin membaca mencari rujukan ..terbaik entry Saf

    BalasHapus
    Balasan
    1. Tips ni apa yg saya amalkan encik etuza. Benda yg baik..bagus utk dikongsikan

      Hapus
  2. alhamdulillah...perkongsian yang bagus...rasa macam nak sambung belajar pulak..

    BalasHapus
  3. bagus sharing ni. kurang 'hahaha' kat entry ni hehehe.
    teknik Mnemonik tu aku guna gak dulu. mmg mnjadi gak la hehe

    BalasHapus
    Balasan
    1. Skrng serius sikit...ermm..hekkk
      Kadang R tu jadi Relevan C Jadi convesional...hahaha

      Hapus
  4. tudia tak tinggal gak 'hahaha' dia :D

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih