Akhirnya Bersatu Setelah Sekian Lama aku meninggalkan dunia gigs, rock kapak, ala macam cerita Rock Bro tu, akhirnya tercapai juga keinginan untuk 'reunion' dengan bersama bekas drummer band aku! haha teringin gak nak jamming lagu lagu 'hits' ketika main band suatu ketika dulu nasib baik jumpa bekas drummer. Kebetulan dah jumpa, terus ajak jamming, hehe dari takde apa nak buat duduk mengadap laptop dan mengeteh je sambil bincang peluang perniagaan, boring lah, alang alang dah jumpa kan? hah apa lagi kembali pakai jaket duri duri di lengan, terus koyak kan seluar, serabut kan rambut! pakai patches baru metal dan rock sejati! hehe

Tangan aku pun macam susah dah nak main dan pegang gitar, dulu masa main band,  sebagai position rythm guitar dan backup vocal je, kehebatan setanding seperti Kai hansen (helloween) ataupun seperti Allahyarham M Shariff, sekarang ni? hampeh..lupa kod lak tu! haaa tapi bila petik ada la sikit sikit sound gitar macam brian may (Queen) dan Marty Friedman..hehe aku gurau gurau je, takde la sehebat seperti yang di nyatakan diatas. Suka suka je, bermain muzik, 


Akhirnya Setelah Sekian Lama

Lagi bermasalah, bila drummer, ketuk tong drum pun sampai terpelanting pelanting kayu drum dia maklumlah masa terpelanting jauh tu, kitorang cuba main lagu Master Of Puppet..haha..pui! kau kata kau terer lagi...bila dah lama tinggalkan arena underground, selama bertahun tahun, begini lah jadinya, bila kembali bermain muzik. 

Akhirnya Setelah Sekian Lama

Antara lagu lagu yang masih aku ingat kord lagu dan merupakan salah satu lagu wajib masa opening intro song band kitaorang masa di atas stage ialah seperti master of puppets, last carees (metallica), creep (radiohead), together, wet blanket, Me (butterfinggers), smeel like teen spirit (nirvana). yang lain tu semua hantam jelah dan sebab sudah lupa kord, kena baca dan cari buku chord semula, tapi setakat kord A Minor, C, D , kacang goreng je.

Yang penting dapat lepas tension sebab dah lama tak main! Boleh lah, gembira betul !  cuma kena asah sikit tangan, cita cita dulu nak jadi ahli muzik di agensi kerajaan, tapi ujian peperiksaan ahli muzik gagal, chord terompet yang di tanya, mana lah aku tahu! chord e minor, b minor..E tahulah hehe...

Pernah kena kejar dengan polis masa main gigs dekat kerteh dan dekat terengganu, tapi paling memang tak dapat di lupakan masa di ampang park, blue planet..memang happening sampai masa atas pentas tengah show, kitorang kena baling botol lah! hahaha

9 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. As'salam Saf..wah hebat ya ..bertambah meria lah blog kan jumpa geng..pastikan ada gambar mereka kat blog ini...)

    BalasHapus
  2. terbaik.apapun Saf ..bagaimana keadaan di kawasan banjir ya..ada tak Saf depan mata pergi tengok mereka yang kehilangan rumah..rasanya dekat kan sana..simpati sangat2

    BalasHapus
  3. terbaik.apapun Saf ..bagaimana keadaan di kawasan banjir ya..ada tak Saf depan mata pergi tengok mereka yang kehilangan rumah..rasanya dekat kan sana..simpati sangat2

    BalasHapus
  4. laaa seriyesly ada band dulu amar? mcm tak caya wo hahaha

    BalasHapus
  5. Di perak pun...bittersweet pun terbaik...produk underground terbaik

    BalasHapus
  6. dah lama jugak x berjamming . dah lama tinggal dunia band . huhuuu

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.