Cicak ni memang suka buat kotor, melekat di atas dinding, bising dan merata rata buang tahinya, teringat dulu masa kecik kecik, bila bulan puasa lepas qiamulail, kitorang membunuh cicak di rumah. Atuk kata, kalau bunuh seekor cicak, atuk beri 50 sen...wah, apa lagi, jangan di lepaskan peluang ini, sekali tembak guna 'senjata' kami, berpuluh puluh la cicak yang lunyai di kerjakan oleh kami adik beradik, langsung tiada kesian..hehe

Kalau kat rumah kampung dulu dulu, bukan hanya ada kayu pengaruk badan yang macam bentuk garpu tu je, tapi mesti ada 'senjata' pembunuh cicak dan tergantung di dinding, dulu aku tak tahu..cuma guna pistol buah ceri je..hehe..tapi 'senjata' ni rupanya lebih padat dan mantap, boleh miung kalau kena, apetah lagi seekor cicak, haha  Kejam tak aku? yelah memang lah kejam, tapi kan, kalau di ikutkan balik, apa hukum membunuh cicak? Semua Ustaz kata, bukan aku yang kata eh, bukan blogger famous kata eh, ni ustaz yang kata. 

"Membunuh cicak hukumnya adalah SUNAT. Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim meletakkan bab “Sunat Membunuh Cicak.” Ini berdasarkan beberapa hadith yang sahih dari Nabi S.A.W. antaranya, di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Sa’id bin al-Musayyib (سعيد بن المسيب) yang Umm Syareek (أم شريك) menceritakan kepadanyabahawa Nabi S.A.W. memerintahkannya untuk membunuh cicak-cicak (الأوزاغ). 

Kenapa kita perlu bunuh cicak? kerana ketika Nabi Ibrahim As dilemparkan ke dalam api, sesungguhnya semua haiwan-haiwan di muka bumi ini berusaha membantu Nabi Ibrahim As dengan cara memadamkan api tersebut. Namun cicak malah sebaliknya meniup-niupkan apinya agar apinya semakin membakar tubuh Nabi Ibrahim As. Maka Rasulullah Saw memerintahkan kepada kita (selaku ummatnya) untuk selalu membunuh cicak!

Masih ingat lagi tak peristiwa Nabi di Gua Tsur? Ada seekor cicak di dalam Gua Tsur yang sedang berbunyi kuat dan nyaring serta bergema. Mendengar suara cicak yang begitu kuat, para kaum kafir Quraisy yang sedang memburu Rasulullah Saw menjadi sangat yakin bahawa Rasulullah Saw bersembunyi di dalam Gua Tsur tersebut. Namun, untungnya ketika kaum musyrikin melihat pintu gua tertutup dengan sarang labah-labah, mereka tidak percaya.Yelah kan...kalau orang masuk ke gua itu, tentu sarang labah-labahnya rosak. Maka terlepaslah Nabi Muhammad Saw dan sahabatnya.

Nampak tak? ermm..heee..ustaz kata pun berdasarkan hadis hadis yang sahih. Ini amalan nabi. Sunnah...mudah kan untuk mendapatkan pahala..senjata yang aku maksud kan namanya GUNDUK, entah lah atuk aku panggil GUNDUK!! Bukan gandalf yee...tuh yang bila aku aku tengok hobbit haritu..bila tengok watak gandalf teringat kat gunduk! haha...aku pun dah lupa pasal gunduk ni...walaupun populasi cicak makin banyak sekarang kat rumah aku...semakin menjadi jadi dan KIASU! 

gunduk
gambar 1
Haaaa..ini lah dia senjata gunduk yang kami gunakan!!! (lihat gambar 1)! kalau kena cicak ni...comfirm kiokk, memang padat dan padu! haha..macam mana nak buat? senang je...Aku dah lama dah tak buat gunduk ni, terakhir buat masa form 2-3, tapi bila refresh semula macam mana nak buat gunduk ni...akhirnya siap juga seperti di gambar 1!

Ok..Aku sediakan lah..tutorial membuat gunduk, tapi yang ini, bagi gunduk untuk baby cicak, sebab getah takde! hahaha


Hukum membunuh cicak
gambar 1-1

1)  Ok sediakan gelang getah macam gambar kat atas tu (lihat gambar 1-1), sebagai contoh 3-3-3, kalau nak lagi padat..8-8-8, tapi nanti susah pula korang nak tarik getah tu nanti. kena ada semangat yang kental dan fizikal kuat..haha

Hukum membunuh cicak
gambar 1-2
2) Lepas tu, ambil getah tu dan ikat. (lihat gambar 1-2)

Hukum membunuh cicak
gambar 1-3


3) (Lihat gambar 1-3) selepas selesai di langkah 2, tarik getah tu dan pusing pusing kan dia sampai dah tak boleh nak pusing lagi...(lihat gambar 1-3), tapi agak agak sikit..kalau tak pusing sampai betul betul padu, cicak kalau kena tembak pun...senyum!! hehe..siap boleh bunyi cak cak cak lagi..haha

Hukum membunuh cicak
gambar 1-4

4) Ok lepas tu lipat dua getah yang di lilit tegang tu..lihat gambar 1-4, setelah getah di lipat dua dan tegang...buat seperti di gambar atas tu (gambar 1-4). ok di langkah ini, nak buat tempat pemegang gunduk tu...dah nak siap dah! hehe

Hukum membunuh cicak
gambar 1-5

5) Di langkah ini, masukkan lagi balance 3 gelang getah tersebut di lubang lipatan itu..di gunakan untuk membuat pemegang gunduk..masukkan di antara lubang getah yang kita pusing di langkah 3 dan ikat seperti biasa...lepas tu lepaskan ..dan lihat. 

Hukum membunuh cicak
siap
Selamat mencuba dan beramal, semoga mendapat manfaat dan kebaikan dari membaca artikel ini.

15 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. dah lama tak dengar bunyi cicak..cak cak cak.. hahaha
    pertama kali dgr perkataan GUNDUK..,senjata khas utk bunuh cicak..heheh..

    p.s/ sya as perempuan..em..geli nk bunuh..huhu..perlukan semangat dan niat yang tekad

    BalasHapus
    Balasan
    1. haha..ini senjata khas utk bunuh cicak....orang dulu dulu yg reka...

      Hapus
  2. wow. tak pernah lak buat macam tu.. hahahaha... saya x reti nak lastik2 cicak ni. sekali getah tu terkena kat diri sendiri.. -.-

    BalasHapus
  3. aku tak reti nak melastik pakai getah, confirm aku sendiri yang kena getah tuh, huhuh! X3

    BalasHapus
  4. hahaha..habislah cicak..sampai gun akaki dah Saf..mesti takut punya lah cicak tu..Etuza nak ikut lah buat..kat sini pun ada.
    Ala pecah ya..alamak hatiku pecah berderai..cuai betul tu pekerja kan pos laju..apapun naik kapal saf apa kan tak terhimpit..yang penting daha di tangan ya...

    BalasHapus
  5. laba2 pula jangan di bunuh lah ..sawang tu kena bersihkan lah..juga kan

    BalasHapus
  6. dulu abang aku memang rajin bunuh cicak..dia pakai lid tapi dah ditajamkan...tp melantun kat dinding...kena pipi aku..adoiiii..terus abang aku stop..hahaha =)

    BalasHapus
  7. rumah sye banyak sgt cicakk... geli, suami laa jd mangsa untuk bunuh2 ni...hihi

    BalasHapus
  8. Ha..ha... geli lihat cicak kat rumah, tapi saya tidak tahu istilah bahasa melayu. Tetapi jika loghat klate saya panggil bidas getoh. memang saya sudah tahu dari dulu lagi matikan cicak ini adalah sunat.

    Jom baca entri terbaru saya:
    Jom Aktifkan Mykad

    BalasHapus
  9. nice sharing . pernah main jugak tu , senapang ceri . hehee

    BalasHapus
  10. kat rumah pon memang guna getah pon

    BalasHapus
  11. Nasib baik gunduk. Kalau gundik. Haha. Tutorial ni memang rare :)

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.