Alahai kena denda la pula kalau lewat renew sijil syarikat di Suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). nasib baik lah tak mahal, RM 20.00 je..ermm duit jugak kan? lepas gak tu kalau makan asam pedas ikan pari, sayur, air dan nasi. hee..tuh la leka dan sibuk nya sampaikan terlupa nak renew sijil syarikat sendiri!!! kepada korang mempunyai syarikat perniagaan sila lah update dan alert bila tarikh expired sijil perniagaan syarikat korang, jangan jadi macam aku, terlewat! terlewat seminggu, nasib baik sedar dan baru tahu, sebab nak masukkan salinan sebut harga dalam fail syarikat..haaa
Yang penting jangan terlewat sampai lebih sebulan dari tarikh tamat tempoh, kalau dalam linkungan sebulan/30 hari korang akan di denda lewat sebanyak RM 20.00! kalau lebih dari sebulan..amaun caj denda mungkin meningkat, "seelok eloknya sebulan awal sebelum tarikh tamat dah kena datang untuk renew atau terpulang, yang penting jangan selepas tarikh tamat..! walaupun lewat sehari, tetap denda" itu nasihat dari pegawai SSM.
Erm aku pun tanya lah, kenapa pihak SSM tak beritahu melalui SMS yang sijil telah tamat tempoh? Pegawai SSM tu pun jawab, "kena ingat sendiri lah dik", ermm betul juga tu, sendiri punya sijil tanggungjawab sendiri lah ye, hurm
Sekarang ni aku asyik lupa je lah..tak tahulah kenapa, kenapa eh? ermm haritu di Jusco di seremban, masa nak balik, card parking aku hilang! aku cari dalam poket dan wallet seluar takde! ah..panik aku! macam mana boleh hilang lak ni. pening aku cari barang yang hilang ni!! stress..
Puas aku cari, tetap tak jumpa gak...jalan yang terakhir selepas pelbagai usaha di lakukan, terpaksa la aku sediakan duit standby kalau kena bayar ke kan kalau kad hilang., aku pun pergi ke kaunter informasi, dan nah kauu! RM 20.00... caj bagi kad hilang!
Ermm ok la tu..nak buat macam mana kan..cuai dan aku mengaku yang aku silap! diam jela..heee
Kena ada secretary macam kakak ni. Tanggungjawab kakak kena ingat tarikh-tarikh penting utk sykt. Sebab itu utk rumah sendiri kakak tampal di whiteboard dlm bilik kakak. Dah tua macam kakak ni lagi banyak lupa...
BalasHapusbagus jgk tu.. tampal whiteboard.. tulis tarikh penting..letak ja kt tempat senang nmpk
Hapuserm idea yang bagus..
Hapusterbaik lah sis..steady! tu la..baru 30 dah banyak benda lupa...ermm...mungkin tak dapat makan nasi beriyani kot..:)
BalasHapusaihhss awat cuai sgt ni...
BalasHapusheee..terrrlupaaaaa..:) takpelah ada hikmah di sebalik kejadian
Hapussy taun lps kena caj rm50 sb lewat renew ssm tu..taun ni kme alert la bt alarm hehe
BalasHapusPeh..rm 50..dah lebih sebulan tu mila
Hapustudia la kan. kalo TERlewat renew naya kena denda hehe. amar kena ada reminder la kalo cenggitu hehe
BalasHapusbeli la diari/ simpan date dlm phone..
BalasHapusbenda2 macam ni,kalau lewat mg payah,lemau ja nak membayar denda..saya duit rm1 pun berkira tau..
Kena buat alarm kat fon senang cite. Set lagu ganas2 sikit. Kalo lupa jugak tak tau la. Haha
BalasHapusAssalam & Salam Sejahtera.
BalasHapusKami menawarkan perkhidmatan pembaharuan pendaftaran SSM secara online. Mudah, ringkas dan pantas.
Untuk keterangan lanjut, layari renewSSM.KlikJe.my atau WhatsApp kami di renewSSM.wasap.my.
Terima kasih.
terima kasih atas info ini....terbaik!
HapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.