Semasa makan tengahari tadi di sebuah restoran bersama seorang rakan, tak sangka pula dia bawa seorang rakan dia yang merupakan seorang ustaz, sejuk meja, dah macam dalam masjid pula suasananya, banyak juga topik yang di bualkan dari santai hinggalah ke bab keagamaan, tiba tiba masuk topik pasal mahluk halus. mengikut penceritaan dari pengalaman ustaz ni, dia mempunyai sebuah sekolah pondok yang mana menempatkan anak anak yatim dan budak tahfiz, ada kisah misteri berlaku di madrasah beliau, kanak kanak di madrasah tersebut, selalu mengalami sakit sakit perut terutamanya selepas makan tengahari. Pelik juga perkara ini, akhirnya setelah sekian lama mencari punca berlaku, ustaz tersebut telah merujuk pakar ilmuan agama yang lebih arif mengenai bab mahluk halus alam ghaib, 

Menurut pakar agama ini, semua juadah yang di sajikan di sekolah pondok itu sudah kena berak dari atas siling, Syaitan telah membuang najis dari siling ke hidangan makanan semia penghuni madrasah, siapa pula yang berak lak ni ? 

Terkejut juga bila mendengar penjelasan ustaz itu, penyelesaiannya ialah di nasihatkan, agar jangan makan (lunch) pada waktu 12.30 tengahari sehinggalah azan zohor, dan jangan makan pada pukul 6.30 petang hinggalah ke azan maghrib, selepas maghrib bolehlah makan, tapi kenapa macam ni? ustaz itu kata pada antara waktu yang di haramkan makan ialah di waktu matahari tegak di atas kepala kita dimana pada ketika itu tiada bayang bayang dan syaitan dan jin berlegar legar dan bersuka ria berusaha untuk menyesatkan umat manusia.

Jangan Makan Di Waktu Matahari Tegak

Penyelesaiannya, Ustaz ini telah menukar jadual waktu makan tengahari madrasah tersebut, dan alhamdulillah tiada masalah lagi berlaku seperti sakit perut atau sebagainya, keadaan telah pulih seperti sediakala. Begitulah kisahnya cerita yang aku dengar ketika waktu makan tengahari tadi, Mana yang baik ikut, yang tak baik sila tinggalkan. Semasa waktu makan tengahari tadi, dalam jam 1.00 tengahari, hurm, terfikir semula, semasa ustaz tu cerita pasal jangan makan di waktu tengahari ni, mulut dia mengunyah nasi goreng juga..Aduh. Apa ni...

12 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Erks..1230? Itulah waktu rehat aku kat tempat kerja..Hmm. Camana ek? Terima kasih atas perkongsian ini.

    BalasHapus
    Balasan
    1. tak semestinya..tapi dalam lebih kurang 12.30-1.30 camtuhlah...matahari di atas kepala kita..
      tapi sebenarnya...bergantung kepada situasi dan keadaan.

      Hapus
  2. wow... serius ni pertama kali aku dengar cerita yang macam nih... thanks for sharing, aku harap ko bukan di antara bloggers yang suka kelentong di kala menulis bagi melariskan blog... hihihih! :p

    BalasHapus
    Balasan
    1. Nilah untungnya kalau bergaul dgn ramai org..boleh tahu mcm2x cerita...apa yg diceritakan ..aku kongsikan utk tatapan bersama. Tapi kisah ini mcm menarik..sahih atau tidak...not sure. Bukan aku punya kisah ..tpi kisah dari ustaz yg dikenali. Tq

      Hapus
    2. Melariskan blog? Sumpah ckp...aku tak heran pun...laris ke tak..newbie ke old blogger ke..sapa tu? Kalau nak melariskan blog bukan dgn cra main entri yang tdak beretika

      Hapus
  3. bagus gak info.. xtahu plak sebelum ni

    BalasHapus
  4. ehhh saya rehat kul 1 hngga 2... mesti nk makan dulu.. sementara tggu zohor..sbb nnt xsempat..

    BalasHapus
    Balasan
    1. Bergantung pada situasi dan keadaan. Sbg contoh di sekolah pondok itu...

      Hapus
  5. wah.. baru tahu ada waktu2nya ya..
    biasa budak baru nak kenal agama.. T__T
    mmg rasa aman damai ddk dekat dgn orang alim

    BalasHapus
    Balasan
    1. Dlm islam pun ada kata..kalau nak ke toilet..alas kepala kita...

      Hapus
    2. dri kecil lagi mak saya dok ajar mcm ni...

      Hapus
  6. dudukk dgn org2 ilmuan camni mmg terasa aura sejukkk aje hehe. bagus jugak sharing psl ni. ana baru tawu gak nih.

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.