banner-2017-mcj skytechcreative bizness shopee

10 Februari 2015

Apabila Amoi Sudah Marah

Kesian si abang (Muhammad Qayyum Rayqal) selalu kena sakat dengan aku, haha, si abang ni umur dah 5 tahun lebih, si adik lak umur 3 tahun, tapi dalam kasar kasar si abang ni, dia takut betul dengan si adik dia rupanya, kalau kena debuk dengan si adik, menangis di buatnya! , kesian, sepatutnya si abang protect si adik, ni tak, si adik lak yang menjaga abang nya, sayang dia pada abangnya, yelah, dua beradik je kan. Tapi, Apabila Amoi Sudah Marah , memang si abang kena belasah ! haha, Apa apa pun, mereka memang tidak boleh terpisah, gaduh macam mana sekalipun si abang masih mencari adiknya bila bangun tidur ke apa ke, si adik lak selalu tercari cari abangnya bila abang nya ke sekolah, yelah kan, bila jauh baru rindu, bila dekat, ada je yang tak kena.

Benci tapi rindu ? Itulah dia Si Amoi kecik ni, Apabila Amoi Sudah Marah , memang bahasa planet semua keluar, Si adik ni suka di puji, kena cakap yang elok elok je, kalau cakap yang bukan bukan memang kena marah lah jawapan nya..hehe lepas tu cakap 'taknak kawan daddy lagi, apa apa jela!'



Apabila Amoi Sudah Marah

Aku pun cakap lah dengan si adik (Sofiyyah Az Zahra) berbunyi macam ini "Pia, abang cakap adik busuk tak mandi", si abang bila terdengar, terkejut tiba tiba dan terus cakap balik (counter back) "ehhh mana ada..mana adaaaa....!! mana ada...!!" sambil muka dak abang dalam ketakutan! haha

Si adik ni apa lagi, tanpa usul periksa, terus mengamuk lah...habis si abang kena bebel dengan si adik amoi ni (mood tengah ok la tu), bila si adik dengar je aku cakap si abang kutuk dia macam tu...terus dia cakap 'BERTUAH PUNYAAAA BUDAAAAKKK....TAK GUNAAAA!' haha..ermm lepas tu aku terfikir, mana dia dapat ayat ni hah? sapa pula yang mengajar diorang ni semua.. orang melaka kata kauuuu......asalkan jangan mencarut sudahlah...

Bila Amoi Sudah Marah
Bila Amoi Sudah Marah
Akak Kawasan


Anda Mungkin Meminati :

5 komentar:

  1. dak melaka le katakan...... betul2 jgn smpai mencarut...x senonoh =)

    BalasHapus
  2. xmo mengamuk amoi manis..nanti cepat tua..hahaha..
    tunggu la dah besar nanti..

    BalasHapus
  3. hamboi ini amoi manyak garang wo! hahaha

    BalasHapus
  4. wah dhsytnye...nth dia dgr sape la tu ckp mcm tu

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih