blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa latihanICT

8 Feb 2015

Kelihatan Seronok Nampak Nya

Tengahari tadi hingga petang pergi mancing sebab nak tangkap ikan haruan dan ikan puyu (betuk), cuaca panas terik, migrain sekejap semasa mancing, sawah, parit tepi jalan banyak yang kering kontang, cuaca tak menentu, panas betul.

Lokasi memancing yang biasa aku selalu datang, dekat kampung kandang, Melaka, orang situ panggil empangan 25, kena tengok hari, kalau air penuh, empangan buka, harap harap dapatlah hasil seperti yang di mahukan, tapi hari ini, air kering, tapi bolehlah daripada takde langsung, mancing jelah kat sini. alang alang dah tiba.

Menunggu umpan di sambar ikan sambil tengah termenung melihat sawah padi yang menghijau,  tiba tiba berberapa ekor lembu yang makan rumput kat atas, menuju masuk ke arah tali air, berhampiran aku mancing ikan, alahai, kenapa ganggu aku wei lembu, kau makanlah jelah rumput dekat atas darat tu, tak perlu lah sampai ke dalam air kau masuk, sakit jiwa aku macam ni lah, meradang aku lah kalau begini jadinya, dahaga agaknya, cuaca panas betul.


Kelihatan Seronok Nampak Nya

Memang nak kena ni tau, lembu ni macam tahu je aku marah, lepas tu dia pandang pandang, berkocak air, kau telan air, takpelah, kesimpulannya tak dapat ikan harini, macam macam mahkluk ada seperti ibu biawak, memerang, lembu. Pergi lah minum la air tengah malam, atau waktu subuh ke apa, nak juga datang dekat waktu waktu macam ini.

Anda Mungkin Meminati :

4 komentar:

  1. lama tak mancing darat...semenjak dah abis sekolah =)

    BalasHapus
  2. xapalah.. tak ada rezeki bro.. huhuhu.. dah berkongsi alam.. ,redha ja la

    BalasHapus
  3. hahahaa....awak tu ler yang patut memancing kat tempat lain..

    BalasHapus
  4. sape suruh kaco port lepak dorang hahaha

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih