blogbanner2020plgnew latihanICT

10 Feb 2016

Lindungi Maklumat Anda Dari Di Cerobohi

Berhati hati ketika mengakses maklumat penting melalui browser (pelayar web) seperti Mozilla firefox, kadang kala kita mungkin cuai, di mana tidak membuang semua maklumat data contohnya seperti clear cache dan saved logins, jika ada popup tetingkap (windows) yang meminta kita supaya remember password? seeloknya tekanlah kepada tidak. Ini penting bagi mencegah penceroboh dari mengakses akaun kita sewenang wenangnya, terutamanya jika mengakses di kafe siber.

Tahukah anda, setiap apa yang kita akses terutamanya facebook, jika kita  menekan butang remember (lihat gambar 1 di bawah), segala maklumat seperti username dan password akan di dedahkan. Ya, betul, dengan adanya fungsi remember password, akan memudahkan kita, dimana kita tidak perlu menaip semula password akaun kita, tapi sedarkah yang sebenarnya, kita lah yang membenarkan orang lain untuk mengakses akaun kita tanpa di sedari! jika tertekan remember password itu tidak mengapa, tapi perlu lah clear cache selepas itu.

Hal ini menjadi serius bila anda mengunapakai walaupun sementara peralatan komputer orang lain, khususnya di kafe siber atau komputer rakan rakan. Ye lah rambut sama hitam, hati orang mana kita boleh baca kan? Kalau orang nak dengki, jangan sampai berputih mata wei. Lindungi maklumat anda dari di cerobohi


Lindungi maklumat anda dari di cerobohi
Gambar 1
 Cara untuk melihat atau removed segala maklumat yang telah kita telah akses ialah ;

1) Di Mozilla Firefox,  pergi ke menu Tools --Options. 
2) Pergi ke Security --Saved Logins, paparan seperti Gambar 2 akan di paparkan.
Lindungi maklumat anda dari di cerobohi
Gambar 2
 3) Jika menekan pada butang Show Passwords, password anda akan di paparkan.

Jika anda mahu membuang segala maklumat username dan kata laluan, anda bolehlah tekan butang remove atau remove all. Berhati hati ketika melayari maklumat anda, sedikit kesilapan, anda akan menyesal tak sudah. Lindungi maklumat anda dari di cerobohi oleh orang orang yang tidak bertanggungjawab.

Anda Mungkin Meminati :

3 komentar:

  1. Nasihat yg baik..pernah nampak Fb orang dalam keadaan terdedah ni lah remember

    BalasHapus
  2. Tak berani nak guna paaword..takut lupa. Singgah mengintai kawan lama

    BalasHapus
  3. penah kena sekali.kat lab computer fakulti.tetiba ada org post status kat FB milik aku.eh? fb dicerobohi?

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih