banner-2017-mcj bkecik-skytech susupisangnilofa IKLAN SEWA

Kamis, Maret 24, 2016

Cara Mudah Bagi Membina Bar Code

Semakin hari semakin banyak teknologi dan aplikasi yang wujud, maklumlah di zaman moden serba maju ini, semuanya benda yang dahulunya susah, kini menjadi mudah, segala urusan menjadi cepat, tidak perlu key in manual satu per satu, terkini..hanya perlu SCAN sahaja! Dengan ini kesilapan akan dapat di kurangkan.Tutorial kali ini berkenaan cara mudah membuat BAR CODE, korang tahu tak apa itu BAR CODE? Cara mudah yang boleh aku definisikan disini ialah, kod yang di ciptakan untuk memudahkan pengguna dengan menggunakan teknik imbasan (scan) samada melalui smartphone atau pun scanner, ataupun kod yang di dalamnya terdapat kandungan (Isi) berupa text, url address, image dan sebagainya.

Itulah bahasa mudahnya..sebagai contoh korang boleh lihat di pasaraya-pasaraya besar berhampiran korang tinggal, di mana setiap produk mereka, telah di letakkan kod kod, dan ada di sediakan alat untuk mengimbas, tujuannya untuk menyemak harga sebenar produk tersebut, dan apabila di imbas, akan di pautkan ke url address, teks (harga) atau sebagainya.


Jenis jenis barcode, ada dua (2) jenis, iaitu 1D Linear Barcode (Cth : Baris-Baris), dan 2 Dimensi Matrix Barcode (Cth : QR Code)

Bagi Agensi Kerajaan pula, mereka memudah-carakan urusan mereka dengan orang awam yang berurusan dengan meletakkan code (imej) yang lebih di kenali sebagai QR Code, mereka meletakkan BAR CODE atau QR Code di Bil Bil Cukai, Kompaun dan sebagainya, tujuannya, apabila orang awam membuat bayaran, ralat kesilapan akan dapat dikurangkan. Jika tiada kod kod ini, kekerapan kesilapan petugas kaunter (key in nombor nombor cukai/kompau) bil bil no akaun, tinggi dan secara tidak langsung, menjejaskan imej organisasi.

Cara mudah bagi membina BAR CODE atau QR Code? Anda boleh menghasilkan secara Online sahaja. Cara caranya ialah ;

1) Pergi ke url : https://www.the-qrcode-generator.com

2) Kemudian (lihat Gambar 1) akan di paparkan, jika anda ingin meletakkan teks, boleh ke tab FREE TEXT, dan jika anda ingin memasukkan URL, boleh masukkan url address yang anda mahukan, sebagai contoh www.safirulamar.com (lihat Gambar 2)
 
Cara mudah bagi membina BAR CODE
Gambar 1

 
QR CODE
Gambar 2
3) Selepas anda memasukkan maklumat maklumat di ruangan yang anda mahu, tekan butang SAVE (lihat Gambar 3), image boleh di SAVE dalam bentuk format PNG, SVG, EPS. Biasanya dalam format PNG dan nama kan fail imej anda di FILENAME (lihat Gambar 4)

QR CODE
Gambar 3
QR CODE
Gambar 4
 4) Dan seterusnya, tekan butang SAVE. 

QR CODE

Bagi Barcode jenis Linear 1D (Baris Baris), yang paling popular di gunakan ialah CODE 39, untuk memuat turun barcode ini, sila ke http://www.idautomation.com/free-barcode-products/code39-font/ dan muat turun seperti biasa, selepas itu, ikut arahan yang di berikan seperti ;

To install the TrueType barcode font in Windows, run the INSTALL.EXE program in the downloaded .zip file or perform the following for manual installation:

  • Select Start, then Settings and click on the Control Panel.
  • Select Fonts, then File in the main tool bar, and click on Install New Font.
  • Select the folder where the free Code 39 font was downloaded.
  • Select font name IDAutomationHC39M (true type) and click on OK.
  • Select Start and choose to shut down and restart the computer.
  • The Code 39 font should be active when the computer is restarted.
Dan buka di Microsoft Word, contoh : Taip www.safirulamar.com dan selepas itu tukar font tersebut kepada font barcode yang baru di download tadi!

Cara mudah bagi membina BAR CODE

Nota : Anda boleh meletakkan imej ini, di mana mana yang anda mahukan seperti di surat, business card, letterhead, blog atau website . Dan orang yang ingin mendapatkan maklumat dalam QR CODE ini, boleh scan (imbas) menggunakan aplikasi scan code versi android yang terdapat di Play Store seperti QR Code Reader, QR Code Scanner dan sebagainya.

Selamat Mencuba...

19 komentar:

  1. memang menarik, x perlu daftar ke mane2 ke?

    BalasHapus
  2. salam kalau melibatkan produk untuk urusniaga kena daftar dan pergi ke page http://www.gs1my.org/?q=node/81&tab=1

    Pergi pejabat FFM. Federation Malaysia Manufacturer.

    2. Apply kat sana.

    3. Daftar untuk kali pertama RM300++. Lepas diluluskan kene bayar rm800 untuk 10 barcode. Minimum mmg 10 barcode. Tahun berikutnya bayar rm 240 sahaja. (untuk bisnes RM250k kebwah)

    Ada spek barcode...just follow requirement procedure.

    Tutorial yang saya tunjukkan di atas tu, hanya untuk website, lebih kepada persendirian. Berkemungkinan tidak menepati piawaian jika ingin menjual produk.

    BalasHapus
    Balasan
    1. Senang ker nak apply barcode tu... sy masuk Web tu kena ada GST no sumer.. x bole terus apply ker.. sbab sy jual dedak burung.. mohon jaga baik tuan bg pencerahan....

      Hapus
  3. Tumpang Tanya...URL tu letak email kita boleh x?

    BalasHapus
  4. Boleh masukkan dokumen seperti buku Minit mesyuarat(AGM)?
    tujuan sebagai paperless

    BalasHapus
    Balasan
    1. Cadangan saya...Upload document dalam google docs..then dapatkan url docs tu..dan paste url tu dalam qr code

      Hapus
  5. salam nak bertanya..kalau saya nak letakkan QR Code pada business card..tiada masalah dikemudian hari kan..sebagai contoh..bile scan QR code keluar url lain selain yg kite dah tetapkan..terima kasih.

    BalasHapus
    Balasan
    1. Biasa nya tiada masalah..sebenarnya just scan dan ada input dlm tu...org perlu nak menaip panjang

      Hapus
  6. Kalau nak buat untuk pendaftaran mcm mana pula ye?

    BalasHapus
  7. Bagaimana print respon tersebut dalam bentuk borang, contoh kehadiran guru

    BalasHapus
    Balasan
    1. Saya tak pasti berkenaan itu, cuma apa yang boleh bantu, kena cipta database dan html. Sertai kelas saya , boleh whats app di https://wasap.my/60166474201/

      Hapus
  8. Bro.kalao macam product saya dah ada register 1 bar code tapi product belum start jalan lagi kita tukar itu product nama. So boleh resubmit tak untuk tukar nama?

    BalasHapus
  9. Klu sy nk buat utk barcode ladap cthnya bgaimana? boleh?

    BalasHapus
  10. bagaimana nak tau jumlah bilangan orang yang dah scan barcode kita ?

    BalasHapus
    Balasan
    1. boleh tahu. nanti depend pada mana page yang kita link, contoh seperti link ke doc forms, doc form akan link sediakan response dalam bentuk excel

      Hapus
  11. saya dah download http://www.idautomation.com/free-barcode-products/code39-font/ dh guna sikit buat id card...nk guna yg seterusnya tiba2 dekat barcode tu ada tulis demo.. sy cek balik website tu rupa2nya untuk free punya diorg dh discontinued...nak guna kena beli lesen.. saya dh buat id card sikit pakai barcode tu...mcam mana ye...terima kasih

    BalasHapus
  12. Saya ingin dapatkan bantuan en utk buat qr qode, boleh berikan no phone en atau en pm saya di no 0174873182

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan GUNA NAMA SEBENAR, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI) dan tidak berdaftar, akan di remove serta merta oleh ADMIN.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link.Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi