Ketika bersarapan pagi di sebuah warong sambil makan nasi lemak dan nescafe ais, tiba tiba aku terpadang seekor binatang yang cukup di geruni dan di takuti apabila tersentuh, iaitu babi hutan. haha, Bukan menghina haiwan tersebut, tapi itu kan binatang kategori najis berat dalam Islam. Biasanya kalau di kawasan kampung, binatang ini muncul pada lewat malam untuk mencari makanan seperti sampah dan sisa makanan, tapi kali ini tak kira waktu dah, suka suka hati 'dia' je nak keluar, memang takde sifat 'tolak ansur' langsung, membabi buta keluar tak kira siang malam! Aduh..

Yang menjadi lebih menakutkan, jarak antara aku dengan babi tu cuma berberapa meter sahaja, manalah tahu kan tiba tiba babi hutan ni datang macam kucing minta makanan, cekau-cekau, terkais kais, ingatkan kucing kucing manja bawah meja, sekali rupa rupanya babi hutan! baguslah aku membelai, haha. dan menjadi lebih merumitkan, ia berlegar legar di kawasan rumah milik orang melayu islam, mungkin berdekatan kawasan semak samun dan hutan belukar.

Kepada korang semua, sila pastikan kawasan persekitaran luar rumah korang bersih dan kalau boleh janganlah meletakkan sisa sisa sampah basah, makanan di luar rumah, masukkan dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak berkuasa. Sekarang ni cuaca tak menentu, panas terik, musim haiwan haiwan keluar dari lokasi asal. Berhati hati

Kesudahan dari cerita menakutkan tadi, penduduk kampung terus telefon jabatan perhilitan, dan berberapa penembak melakukan serangan, namun tembak pun tak kena, babi hutan tersebut berjaya memecut laju berkeliaran masuk ke hutan, ghaib entah ke mana, harap harap babi hutan tu serik dan takut dengan ancaman tembakan tersebut dan tak akan datang lagi ke kawasan persekitaran kampung tadi! aku pernah berberapa kali memberi laluan kepada babi hutan melintas dan selalu nampak babi babi ni memecut laju melanggar apa sahaja..memang gila babi betul! haha

Pergi meninggalkan kita semua

Semoga 'dia' pergi tak kembali, dan buat masa ini 'dia' telah pergi meninggalkan kita semua, rasa selamat seketika!

3 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.