Setelah sekian lama kemarau dari mendapat ikan di laut, akhirnya dapat juga hasil untuk di bawa pulang, dapat ikan senangin semasa memancing semalam, boleh lah daripada takde langsung, rezeki Allah beri, Alhamdulillah, kuat juga sentapan ikan senangin ini. Rezeki memancing, dapat ikan senangin, walaupun menunggu agak lama namun Memancing Dapat Merehatkan Minda, 

Terkejut jugalah, tiba tiba bergoyang joran di rentap ikan, dalam hati terfikir, ikan apa lah agaknya yang memakan umpan udang ini? memancing ni kena sabar dan sentiasa berserah padaNya, kalau sudah tertulis tiada ikan, maka tak adalah.  

Memancing Dapat Merehatkan Minda

Sebelum ini, pernah dapat ikan senangin cuma bersaiz besar sedikit, kalau saiz besar orang kampung biasanya panggil ikan kurau. Namun tak pasti, betul ke ikan kurau, nampak macam ikan senangin. boleh lihat disini.  kalau masak kari atau goreng kunyit pun sedap ni. ala lagipun mancing pun sekejap je, pergi pagi pulang petang, saja je nak lepaskan tekanan kerja yang tak pernah habis di pejabat, sekali sekala boleh lah ambil angin laut, dan dalam masa yang sama dapat tengok matahari terbenam dan merasai suasana senja di pantai.

Memancing ni memerlukan kesabaran yang tinggi, dan dalam masa yang sama, tawakal dan berdoa agar dapatlah membawa pulang ikan. Setakat ini, hobi ini, tidak pernah lagi menghampakan. 

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar