blogbanner2020betul skytech2020new iklansewa latihanICT

27 Des 2016

Melaka Power Nak Mampos

Masa Melaka united di liga FAM lagi aku memang penyokong tegar Johor, dulu seingat aku lah, ada dua jenis pasukan johor..iaitu johor FC dan johor...walaupun anak melaka..tapi aku di besarkan di Johor..sebab kampung aku di segamat johor..bila teringat johor..teringat la kisah di zaman kanak kanak waktu itu..best woo johor..!

Player johor paling aku minat masa tu..namanya rusdi sulong..kalau di selangor rusdi suparman..peh..sampai sekarang aku minat pasukan johor, antara nama player bola yang aku ingat masa dulu dulu ialah seperti manja man (kedah), mat la mar jan (sabah), hardi jaafar (Melaka), che zambil (kedah)..dan banyak lagi lah, entah kenapa masa nak tulis artikel ni..blur pula..hehe

Sekarang Melaka dah maju dah..tahun depan masuk liga super..akan bersaing bersama sama JDT..Melaka power nak mampos wei..bak kata penyokong melaka united..haha...walau macamana pun kita bersaudara dan wakil selatan...janganlah taksub sangat dengan pasukan masing masing, walau pun negeri mana yang kau minat...ingatlah kita semua rakyat Malaysia...sikit sikit nak bergaduh, susah lah macam ini..kalau pasukan kau menang besar sekalipun..bukan kau dapat apa apa pun..yang kau dapat...kesan lebam lebam di badan...


Yang pasti...johor tetap di hati selama lamanya, kau tunggu melaka united lawan JDT..memang aku duduk kawsan penonton johor dalam stadium nanti, duduk diam je, malas nak nyanyi bagai...itu pun kalau masuk stadium lah, haha, 

Tapi kan, kalau duduk rumah tengok live bola kat tv pun best gak, lagi heaven, sambil tengok bola, sambil makan keropok ikan cicah sos, fuh!..haha..

Anda Mungkin Meminati :

2 komentar:

  1. Harap fans melaka united dan jdt tak bergaduh kat stadium nanti..

    BalasHapus
  2. hardi jaafar melaka telekom...waktu tu team ni memang power...hardi sampai dapat main untuk Malaysia :)

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih