Hai semua, nak berkongsikan dengan korang pengalaman ketika berada empat (4) hari di Batam Indonesia, maklumlah ini merupakan kali kedua berjalan jalan ke luar negara, sebelum ini ke jakarta dan bandung, setakat ini hanya melancong ke indonesia sahaja, eropah belum lagi belum ada rezeki lagi untuk ke sana. Kalau di Batam, tiada apa yang menarik di sana rasanya untuk yang jenis kaki membeli belah, sebab di sana yang ada hanyalah hasil hasil hutan sahaja, kalau ada barang pun , semua barangan yang dijual diambil (import) dari luar lokal indonesia atau dari johor, Malaysia,  kalau nak membeli belah seperti pakaian, barang dapur, harganya agak terlalu mahal sebenarnya, korang kena berhati hati, jangan tertipu, dan perkara wajib buat ialah tawar menawar harga.

Indonesia dahulu bukannnya seperti sekarang. Mungkin kesan kejatuhan nilai RM, Apa pun, terasa sedikit aman di sana, apabila melihat suasana sekeliling seperti lanskap nya, gelagat orang-orangnya disana, kebudayaannya, dan tak lupa juga perempuan disana, di Batam, aku melihat sendiri bertapa susah hidup rakyatnya di sana, yang kaya semakin kaya, yang miskin terus kais mencari sesuap nasi, berniaga di jalanan dan bermain muzik semata sesuap nasi. 

Setibanya aku di Malaysia, rasa bersyukur dan bangga dengan negara sendiri, ingatkan aku sahaja yang hidup susah, rupa rupanya, masih ada di luar sana yang susah kehidupannya, betul kata orang, jauh perjalanan, luas permandangan. 


Pengalaman Menarik Ketika Di Batam Indonesia

Satu perkara yang aku kagum dengan orang indonesia ini, susah nak jumpa kemalangan jalan raya di sana, diorang begitu tolenrasi dan amat sabar di jalan raya walaupun dalam keadaan bersesak sesak. Kalau kenderaan yang lain tekan hon terus di baginya jalan, berbeza kalau di Malaysia, kalau tekan Hon, silap silap boleh bergaduh, ada yang sampai keluar stereng lock, hehe

Sepanjang empat (4) hari di Batam Indonesia, tempat menarik yang aku lawati ialah jembatan barelang, orang di sini kata, biasanya tempat melepaskan hajat, so, kepada sesiapa yang nak berhajat sesuatu, boleh kesini, ada peniaga yang menjual ketam batu besar di sepanjang jalan nak ke atas, setibanya di atas, korang boleh nampak tasik dan berberapa pulau di sekitar batam, cantik la juga permandangan, mengikut sejarah purba, di tasik itu, di dasarnya ada rumah rumah penduduk yang telah tenggelam, kelihatan bumbung rumah masih kelihatan, kalau ikut kan hati memang nak memancing sahaja di situ, tapi apakan daya.

Pengalaman Menarik Ketika Di Batam Indonesia
Jembatan Barelang

Pengalaman Menarik Ketika Di Batam Indonesia

Kalau jenis yang suka sukan golf, Batam adalah destinasi paling terbaik, tapi bukan untuk membeli belah, Jika nak membeli belah, korang boleh lah ke pasaraya Matahari, banyak diskaun dan design baju pun menarik dan berjenama seperti stanley adam, beli 2 gratis 1 beb (gratis tu maksudnya Percuma), sehelai baju lebih kurang harga 128,000 rp, kiraan mata wang kita, lebih kurang dalam RM 30.00 macam tu lah, agak murah lah juga.

Di waktu siang, memang tidak lengkap kalau tidak pekena nasi padang di waktu makan tengahari, antara kedai yang menarik dan di jamin tak sakit perut ialah di warung sederhana, menampilkan menu hidangan nasi padang, tapi sebenarnya kedai makan sederhana, ini bukanlah warung yang aslinya nasi padang, kalau nak yang asli nasi padang, korang boleh ke kedai makan Pak Datok, jangan risau, hanya sebut je nama Pak Datok, pasti Supir (driver) kenal, 

Kalau nak di bandingkan harga nasi padang sederhana dan di warung pak datok, nasi padang sederhana lebih murah sikit rasanya. Yang kelakarnya, masa nak makan tengahari, kami cakap lah dengan pak supir, ayatnya seperti ini 'Pak, tolong bawakan saya ke kedai makan nasi padang, pastikan yang sederhana dan enak ya', dengan pantas pak supir bawa kami  ke kedai makan yang namanya Sederhana, haha,

Pengalaman Menarik Ketika Di Batam Indonesia

Di waktu malam, bagi korang yang meminati juadah lauk sunda, boleh minta pak supir (pemandu) bawakan korang makan di rumah makan batam kuring, rumah makan ini menghidangkan lauk lauk sunda, di sarankan agar berhati hati apabila memesan makan terutamanya ikan, sebab orang sunda suka makan ikan jenis dari air tawar, namun bagi yang minat makan ikan dari jenis air tawar, tiada masalah, menurut rumah makan ini, ikan air tawar yang sedap dan mahal menurut mereka di rumah makan batam kuring ini, ialah ikan kaloi, ermm..apa pun, panggilan bagi nama ikan kaloi di sini ialah Jerami, lebih kurang la bunyinya itu, macam siakap atau talapia pun ada sekali rupa rupanya ikan Kaloi, di Malaysia, ikan kaloi hanya di buat perhiasan. Kalau di indonesia, ikan emas, kaloi atau kap adalah ikan yang paling mahal harganya.

Pengalaman Menarik Ketika Di Batam Indonesia

Bagi peminat makanan laut, korang boleh cuba makan di restauran golden prawn, boleh minta pak supir hantar ke kedai makan ini. Boleh lah, enak dan sedap la juga, ikannya dan hidangan yang lain amat segar, tapi yang pelik dan aneh, ada hidangan siput seakan akan siput babi, alahai..(lihat gambar bawah), tak lalu nak makan, sebab terlalu aneh, haha

PENGALAMAN MENARIK DI BATAM


Rumah makan yang lain sesuai untuk hidangan keluarga...ermm korang juga boleh ke Wey Wey Seafood Harbourbay..hah..yang ini terbaik..tapi tengok dulu harga..biasa kita di malaysia, makan ikan bakar ataupun seafood. kalau anggaran dalam 10 orang, lebih kurang dalam rm 300 atau rm 400..tapi di sana...kalau tak berhati hati dalam 2 juta RP..bersamaan dengan RM 600 lebih duit kita...

PENGALAMAN MENARIK DI BATAM
Wey Wey Seafood Harbourbay
PENGALAMAN MENARIK DI BATAM
Wey Wey Seafood Harbourbay

Di restauran Wey Wey ini, tiada ikan jerami dan siput babi, jangan risau, Memang mencabar kehidupan di negara orang sebenarnya banyak lagi tempat tempat menarik di batam, terpulang kepada pak supir (pemandu), sama ada nak bawa kita atau tidak, antara tempat tempat yang menarik wajib lawati di batam ialah pulau bintan, menurut orang indonesia, katanya di situ terbaik, ada taman tema, dan pulaunya juga cantik. Tapi tak sempat nak pergi, aduh, Begitu lah sedikit sebanyak pengalaman menarik ketika di Batam Indonesia, bagi korang yang ingin ke Batam bercuti, artikel ini boleh lah di jadikan panduan kalau korang ke sana.

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. uii..ketam tu bakar ke macam mana? takut pula nengoknya..hehe

    BalasHapus
    Balasan
    1. entah lah bro....tak berani nak makan..takut sakit perut..

      Hapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.