Bengang betul kalau dapat kedai makan macam ini, tak ambil order! tak tahu lah kenapa, tak nampak atau buat buat tak nampak ? tunggu punya lah lama, perut berbunyi, tukang ambil pesanan dah nampak , tapi buat tak tahu je, nak kena panggil baru datang?..eh, siapa yang berniaga ni? Sepatutnya mereka lah cari atau kejar pelanggan. Untung la ada orang datang kedai, daripada tiada pelanggan yang datang. Dari lapar terus jadi kenyang di Kedai Makan Qasreena Cafe , sebab apa kenyang ? sebab banyak makan angin kat kedai makan ini.
 
Takde pelanggan takde la gaji korang, dah la tunggu lama, lepas tu terus papar tanda close walaupun jam di tangan baru pukul 9 malam, eh habistu orang macam aku yang tengah tunggu ni, meja ke? Kucing ? Atau kerusi ? langsung takde budi bahasa lah pekerja kedai makan di sini Qasreena Cafe ini. Tiada perasaan simpati ke ?  Sekurang kurangnya, datang dan beritahu la...ambil hati pelanggan yang remuk dan lapar gila wei..!


Lain kali, biar kurang kerusi dan meja, tak perlu lah letak meja dan kerusi sampai tengah jalan, luar kedai siap letak meja tambahan, selagi ada tempat kosong, selagi tulah nak  selit letak meja kerusi, tapi pembantu kedai Qasreena Cafe buat buat tak nampak orang yang datang, banyak kedai makan yang begini, letak berpuluh meja di luar kedai, lepas tu tak nampak customer datang..susah lah macam ini oiii. Matilah nak kalau macam ini. Panggil, angkat tangan tak datang, kalau sweet nanti, orang kata, takde bahasa, panggil orang macam tikus...Adoi!

Itulah kedai makan Qasreena Cafe. Makanan sedap dan boleh tahan, Serius best ! tapi Service Out la wei, dari perut lapar terus jadi kenyang. Aku kalau datang kedai makan, suka duduk luar kedai, sebabnya aku senang nak hisap rokok, tak nak ganggu orang di dalam, takut ada orang yang tak selesa dan mungkin ada yang bawa kanak kanak dan bayi. Aku faham...

Kedai Makan Qasreena Cafe ni memang popular di Melaka, menu terbaik dan sedap ialah Mee Racun dan Nasi Goreng Shah Rukh Khan. Ingat ahli politik je yang macam ni perangainya, kena panggil baru datang! tak panggil, buat diam, buat keras! Kedai makan pun macam ni juga...

Kadang kadang ada baik nya juga makan angin, ini lah namanya kedai makan angin, best oo..Perut lapar terus jadi kenyang, bukan sabotaj atau nak menjatuhkan perniagaan, bukan fantasi tapi realiti yang terjadi pada aku. Berubah lah Kedai Makan Qasreena Cafe, sebelum parah dan pelanggan makin kurang. Untuk makluman korang, Qasreena Cafe ni terletak di Taman Puncak, Bukit Katil Melaka, berhampiran dengan ILP Bukit Katil Melaka.

Qasreena Cafe Melaka

Qasreena Cafe Melaka


Kepada yang masih belum datang lagi ke Kedai Makan Qasreena Cafe dan ingin merasai menu yang sedap-sedap di Qasreena Cafe, datang la, lebih kurang anggaran dalam 6 km dari Tol Ayer Keroh. Antara Menu yang menarik di Qasreena Cafe ni ialah seperti Sambal Sardin, Mee Racun, Nasi goreng, Western Food, dan 'angin'.

Menu di Qasreena Cafe ini, semua best best , serius sedap! Kepada yang nak mencuba, tak salah untuk 'try'..! Ayuh...cuba lah..!

7 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Sama kes macam bro Hasrul Hassan ni..boleh baca dekat sini
    bro http://www.hasrulhassan.com/2016/03/menu-unik-qasreena-cafe-bukit-katil.html

    BalasHapus
  2. sayanglah kalau camtu, bukan senang nak biz kan, jadi kenalah buat betul2

    BalasHapus
  3. Dah jumpa direct manager kedai? Atau toke kedai dan komplain..?

    BalasHapus
    Balasan
    1. Kalau jumpa nanti makin bertambah sakit hati...kalau tauke yg bagus...anak buah pun bagus..kalau mengadu komplen pun..perut makin bertambah lapar..bila lapar..nnti luar kawalan pula

      Hapus
  4. Hadoii teruk betul pengurusan.. Time perut lapar, jadik pulak camni memang hangis satu badan..

    BalasHapus
  5. Sepatutnya, revise la SOP kerja depa. Banyak je restoran yang saya pernah pergi, orangnya sangatlah ramai tetapi servis tip top. Amik order laju, masak pun xde la lama sgt. Kadangkala sebab rasa comfort sangat tu yang dia buat tak tau. Satu hari bila orang semua meluat baru dia tahu.

    BalasHapus
    Balasan
    1. Ye bro..kebetulan berada di area situ..ingat nak isi perut .sekali....ermm

      Hapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.