Baru baru ini Traveloka iaitu sebuah aplikasi atas talian (online) dan juga sebagai sebuah agensi pelancongan  (Travel Agency) telah menganjurkan peraduan you need a holiday lah!  #MyTravelokaEscapade, peraduan ini terbuka kepada bloggers dan pengguna media sosial facebook , Peserta hanya perlu memilih satu destinasi dari sepuluh (10) destinasi yang di tawarkan, dan ceritakan impian anda bila anda di berada di sana. Mudah kan ? Untuk melakukan carian destinasi pilihan, boleh melayari Traveloka atau boleh muat turun di telefon pintar di play store : Traveloka.

Untuk makluman, Traveloka menawarkan dan menyediakan khidmat hotel terbaik dengan kadar harga berpatutan dan menyediakan kadar harga penerbangan yang berpatutan. Segala nya menjadi mudah dengan Traveloka.  

Kalau aku di berikan peluang untuk terbang bersama Traveloka ke negara yang aku minat dan destinasi pilihan yang aku pilih  , aku nak ke kota london. Sejujurnya aku belum pernah ke london (belum pernah ke luar negara sebenarnya, paling jauh pun perlis), ini kan pula London! Ermm hanya tengok kota london dalam televisyen je selama ini, haha, itu pun sebab aku peminat setia English Premier League (EPL) dan menonton perkhawinan eksklusif di raja Prince William, sedikit sebanyak dapatlah lihat permandangan awan, pengangkutan, orang orang dan stadium di sana ! Memang cantik permandangannya dan suasana di sana.

London bridge is falling down falling down..hehe masa kecil kecil selalu nyanyi lagu ni.. memang aku teringin sangat nak tengok Tower Bridge kat London, tapi nak pergi sendiri memang tak mampu dan belum berkesempatan. Hanya selalu tengok kawan-kawan share tempat-tempat yang dilawati. Antaranya Eye of London. Rasanya kalau dari sini boleh nampak satu London, bestnyer kan.

 Eye Of London

MyTravelokaEscapade
Eye Of London di waktu senja
 
Cantik kan ? kalau berpeluang ke london, aku nak ke sini dulu, Eye Of London, comfirm puas hati sebab dapat lihat satu kota london, memang tempat wajib di lawati kalau ke london! Untuk makluman, ferris wheel Eye Of London ni adalah yang terbesar dan tertinggi di dunia, dan berhampiran dengan sungai Thames di london dan juga di kenali sebagai Millenium Wheel. Teringin nak naik, tapi takut sebab gayat dan tinggi.

Buckingham Palace

MyTravelokaEscapade
Buckingham Palace
Pastu tempat yang aku nak pergi sangat ialah Buckingham Palace. Teringin sangat nak jumpa Prince William dan Kate Middleton, selalu tengok kat tv je..mana tahu masa aku bergambar dekat depan istana Prince William dan kate nak keluar..time tu boleh la aku minta selfie kan.  haha apa salahnya berangan kan. Lepas tu nak bergambar (selfie) dengan penjaga istana (Queens Guard) ala yang yang pakai topi berbulu tinggi dan berbaju merah tu. Hebatkan ? (lihat gambar di bawah)

MyTravelokaEscapade
Queens Guard
Ben Ben Clock Tower

Lokasi lokasi menarik yang wajib di lawati bila berada di kota london, ialah tak sah kalau tak bergambar kat Big Ben..korang pernah tengok tak cerita James Bond ? selalu mesti keluar scene kat Big Ben ni  lah atau nama lainnya Clock Tower. Pelancong-Pelancong yang berkunjung ke London memang rugi kalau tak singgah kat sini.

Big Ben
Clock tower ni adalah salah satu tempat menarik yang wajib di lawati di london, Orang putih kata "
Don't leave London without visiting Big Ben!" Jam besar bersejarah ini jarang dihentikan. Walaupun selepas bom memusnahkan nya semasa Perang Dunia Kedua, menara jam terselamat dan Big Ben terus berfungsi seperti sedia kala. 

SEA LIFE London Aquarium
 
Antara tempat tempat menarik yang aku nak pergi kalau menang contest dan di beri kesempatan dalam MyTravelokaEscapade bersama Traveloka ini, ialah aku nak pergi Sea Life London Aquarium. Memang bestlah kalau dapat tengok ikan-ikan ni berenang. Rasanya macam seolah olah kita berada di dalam air. Lepas tu berjalan jalan tengok ikan-ikan.

 
SEA LIFE London Aquarium juga menampilkan hidupan air tawar dan hidupan laut dan memberi kesedaran serta semangat dan mendidik generasi akan datang untuk mengasihi dan memelihara makhluk akuatik planet kita. Boleh lah bawa satu keluarga, jika di beri kesempatan mengunjungi kota london melalui MyTravelokaEscapade Traveloka.


MyTravelokaEscapade Traveloka.
Sea Life London Aquarium

MyTravelokaEscapade Traveloka.
Sea Life London Aquarium

Zoo London

Dan alang alang bawa anak ke Sea Life Aquarium London,  apa kata kita pergi Zoo London pula. Wow mesti hebat kan.. banyak haiwan-haiwan yang aku tak pernah tengok ada kat sini. Bukan apa aku ni pencinta haiwan haha jangan kecam tau. Aku teringin nak tengok Gorilla, kangaroo, dolphin, penguins dan macam-macam lagi. Mana tahu ada spesis spesis yang rare dan pelik.

MyTravelokaEscapade Traveloka
Zoo London
Nampak tak ? bertapa best nya bila korang berada di london, memang pakej yang menarik sesuai untuk seisi keluarga. Kalau anak tiba tiba nak tengok penguin, Zoo london adalah tempat yang sesuai, korang pun dah tak payah pening pening...nak memikirkan zoo mana yang ada penguin. haha, jangan kata kan penguin, spesis monyet jenis yang susah di dapati pun ada di zoo london, wah best nya Zoo London....kan bagus kalau dapat terbang ke london bersama traveloka.

The Royal Albert Hall

Ok kita berbalik kepada lokasi menarik yang lain di kota london,Korang Pernah dengar tak The Royal Albert Hall ?Haa macam familiar kan? Kat sini lah penyanyi nombor  satu negara kita iaitu Dato Siti NurHaliza pernah buat konsert. Bangga sangat time tu. Walaupun dapat tengok kat tv je.. kenapa rasa bangga sangat? Korang nak tahu tak? The Royal Albert Hall ni dibina sejak tahun 1871 dengan kos 2 juta GBP. Bukan sahaja menjadi tempat bersejarah dan malah menjadi lokasi menarik sungguh cantik wajib di lawati. Tengok kat tv pun dah cantik ni kan kalau duduk dalam tu..mesti terasa  keunikan dan keindahan senibinanya. Tak sabara rasanya nak menjejakkan kaki ke  The Royal Albert Hall sambil tengok konsert.  Mana lah tahu, terpilih di dalam MyTravelokaEscapade dan seterusnya mengembara bersama Traveloka di kota london, masa tu ada konsert Celine Dion, wahhh...seronoknya!  Hihi tak salahkan aku simpan angan-angan ? Kalau tak dapat pergi pun tak apa lah, yang penting, dapat merasai 'keseronokan' bila imagine aku dan keluarga di tempat menarik di London. Sambil menulis sambil berangan. Ok la tu kan ? 

The Royal Albert Hall London
Aku ni peminat bola sepak..kalau dah sampai London aku nak pergi Wembley Stadium. Stanford Bridge, dan Old Trafford.  Gila ko kalau dah sampai London tak tengok bola, masa tu mana tahu ada perlawanan Chelsea  lawan Liverpool ke..aku memang  sokong Chelsea. Dapat lah menyaksikan perlawanan secara live...seronoknya...aku dah terasa bahangnya, walaupun sekadar menulis..itu baru menulis, belum pergi lagi..i can't imagine how crazy me if traveloka give me the chance go to holiday!


Trafalgar Square

Tempat lain yang menarik ialah Trafalgar Square. Tempat ni penuh bersejarah. Ia dibina sejak perang Napoleon 1805. Lama tak? Menarik kan sebab tu kalau aku berpeluang berkunjung ke London aku nak sangat berada di dataran ni. Selalunya kalau ada perayaan krismas atau sambutan tahun baru mesti penuh orang kat sini..haiii.. bestnyer kalau aku dapat sampai sini, memang menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong kalau ke london.

Trafalgar Square
Trafalgar Square
Hyde Park
Tempat lain yang aku nak pergi kalau ke London  ialah Hyde Park. Taman ini merupakan taman yang paling besar di kota London. Kan seronok dapat menikmati keindahan semulajadi . mesti tenang dan nyaman je kan..Satu lagi yang aku nak menikmati ialah naik bas double decker pusing satu London. Wah mesti best kan kalau aku dapat pergi London. Tak sabar-sabar aku nak pergi Kota London. Destinasi wajib yang aku dan isteri nak pergi sangat sangat. Memang destinasi yang sesuai bagi seisi keluarga.

Terbang Bersama Traveloka
Hyde Park London
Ia adalah salah satu tempat pelancongan yang menarik yang telah dikunjungi oleh berjuta-juta pelancong setiap tahun dari London dan di luar negara. Taman ini mempunyai banyak aktiviti percutian yang menarik, seperti untuk berkelah keluarga, berjoging, tenis, berenang, berkayak, menunggang kuda atau sukan luar yang lain. Selain itu, Hyde Park juga di jadikan sebagai lokasi untuk menjadi tuan rumah konsert muzik, festival, pameran dan untuk latar belakang pembuatan filem.

Best nya menikmati alam semula jadi, sambil bersantai bersama keluarga.Sebagai orang islam, tak perlu risau untuk mencari makanan halal, banyak kedai kedai arab dan malaysia yang halal di sana. Memang sangat banyak restoran halal di London. Apatah lagi seluruh UK.  

Sebenarnya banyak lagi lokasi menarik di kota london, kalau nak di huraikan satu persatu, alamatnya mimpi london la malam ni, tidak terlalu mengharap, dan jika ada rezeki terbang bersama traveloka alhamdulillah, rezeki keluarga aku, dapat lah anak anak merasai kenikmatan keseronokan di kota london. Jom kita Terbang Jauh ke Kota London dengan Traveloka. Lengkapkan percutian anda bersama Traveloka, hanya Traveloka pilihan terbaik! 

6 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.