Setiap kali lalu di kawasan berhampiran di kedai ini, macam ada sesuatu yang membisik memberitahu bahawa ada makanan  yang sedap perlu di rasa. dan pada suatu hari, cuba lah juga gigihkan untuk pergi makan di situ, keinginan untuk ke situ sangat kuat. Dalam hati berkata, kalau sedap bolehlah datang lagi, kalau tak sedap, Cukuplah hanya sekali..

Kali pertama datang di kedai makan tersebut,  pesan mee goreng, dan ternyata sangat sedap dan menyelerakan, dan kali kedua datang di sebelah malam pula, aku cuba makan western food lamb chop, peh! sedap dan terbaik lah! Memang padu lah. Lepas makan, panggil kira untuk bayar, dan berjalan terus ke arah kereta, semasa di dalam kereta, aku ternampak sesuatu yang aneh tergantung di pokok betul betul di jalan masuk ke kedai itu. Ada sesuatu berwarna putih tergantung, macam patung pun ada, ah...bersangka baik lah. Entah siapa budak nakal yang gantung patung di situ. Pelik dan misteri..

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, banyak perkara yang bermain di fikiran, pasal benda tergantung tu, di fikiran aku, terfikir sama ada oebjek yang tergantung berwarna putih itu ialah pelaris kedai makan ataupun pekerjaan budak nakal untuk menyakat ? 

objek yang tergantung
 
Esok ingat nak datang semula di kedai itu, mana lah tahu, yang aku makan sebenarnya mungkin daun daun kering, haha, atau mungkin kah itu kawasan perkuburan sebenarnya ? ah seram pula. Atau objek yang tergantung tu adalah pelaris? Guna pelaris untuk berniaga ni boleh, asalkan tidak amalkan kaedah yang bertentangan dengan ajaran islam yang mana bekerjasama dengan jin untuk  menarik pelanggan ramai datang.Sebagai peniaga, kenalah mohon pada Allah dan sentiasa tawakal, berserah pada Nya bukan bergantung pada jin.

Ermm apa pendapat korang pasal benda aneh yang tergantung ni, sebab sebelum ni, pernah juga terdengar ada seorang ustaz pernah tunjukkan pada aku objek pelaris berbentuk segi tiga yang di bingkaikan tergantung di kedai, ada juga yang guna CD ayat ayat Al Quran. Hurm memang aneh betul, kalau masakan sedap, nak guna pelaris apa lagi.

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Nampak macam.. Patung dibalut kain putih macam style ala-ala jepun tu. Reen pun tak tahulah ianya pelaris atau tidak.

    Reen tak ada pengalaman bab benda2 ni. Kena tanya pada yang pakar. Ada dua cara yang mudah.

    Cara pertama, tanya orang kedai benda apa yang tergantung tu?

    Cara kedua, bawa ustaz yang arif tentang perkara sebegini dan selidik atau minta pendapat.

    Hanya cadangan 20 sen dari Reen..

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.