banner-2017-mcj IKLAN SEWA UA SIGNATURE

Rabu, Januari 13, 2016

Mohon selari dengan apa yang dicakapkan

Menteri kata rakyat kena buat dua kerja untuk menampung kos sara hidup yang makin tinggi, yelah betul la tu, kalau bukan kita siapa lagi nak tolong diri kita kan? Masa kita susah, nak harap kawan bantu pun payah, bila kita senang, berduyun duyun kawan cari, itu perkara biasa.

Tapi bila di peringkat agensi, syarikat, kalau bizness jual jambu, jual kerepek, jual produk dekat facebook, boleh di kenakan tindakan tatatertib, yelah, asalkan kerja hakiki jaga ok la tu kan..mohon kerajaan keluarkan kenyataan yang pekerja boleh menjalankan perniagaan asalkan tak menjejaskan pekerjaan hakiki.

Apa salahnya tambah pendapatan, bukannya beratus ratus ribu pun hasil yang masuk, cuma beratus ratus ringgit itu pun belum tentu. Janganlah mengugut, menyekat, menyemak apa pekerjaan luar seseorang itu, cukuplah apa yang di mahukan di tempat kerja selesai dan well done!

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi