Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Monday, October 24, 2016

Macam Mana Nak Periksa Rekod Penggunaan Touch N Go

Kalau korang ada kena pergi mesyuarat di luar stesen (out station) yang jauh, contohnya melaka - kuala lumpur, johor - kedah, mesti korang lalu lebuhraya (highway) kan ? dan kebiasannya mesti di tol (tunai) korang kena bayar, sama ada tunai gunakan plus tol kad, touch n go atau smart tag? 

Kadang kadang aku terfikir dan hari ini baru terbuka hati nak ambil tahu dan daftar, kalau guna smart tag ataupun touch n go, macam mana nak dapatkan rekod bayaran di tol tol yang kita lalui bagi tujuan membuat tuntutan bayaran ataupun bukti sebagai resit.

Kalau guna kad tol tunai yang biasa kita perlu beratur panjang dan lambat, dan melalui kaunter tunai kita boleh mendapatkan resit jika membuat permintaan, minta je kat cashier tol tu kan? tapi bagaimana kalau kita menggunakan kad touch n go ? 

Langkah langkah nya,sila layari di SINI

Sesat Pula Nak Ke Damansara

Alahai..sesat pula nak ke damansara, lebih kurang setahun lebih la tak datang, hehe, kali ni datang sebab ada kursus programming html5 dan javascript. map dia senang je sebenarnya, ikut lebuhraya duke, tapi terbuka waze dari sungai besi, kesudahannya terikut roadmap waze, entah mana mana jalan taman dan laluan belakang di bawa nya aku...aduhai, risau juga di buatnya.

Panik la sekejap, dan sinar mula bertaut bila ternampak signboard ke mont kiara...hati mula berbunga bunga kembali dan akhirnya tiba..lega! hehe. Aku tiba pun lambat..nasib baik penceramah tak bising. cool je..hehe.

Kursus ni berlangsung selama 4 hari, dan penginapan tidak di sediakan, alamatnya kenalah berulang alik ke Melaka...takpe lah ilmu punya pasal! apa sahaja pun bolih.

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi