Aku bukan lah merupakan peminat fanatik bola sepak tempatan,  dan jarang turun stadium, kalau tengok bola pun dekat TV je..itupun kalau ada player yang aku minat...bola sepak sekarang tak macam zaman aku muda mudi dulu...cewah. serius, kalau dulu, player bola yang aku minat, rusdi sulong (johor), dan rusdi suparman (selangor), banyak lagi lah, liew kit kong, bobby chua, sapian wahid, idris karim ermm apa lagi hah..erm dah lupa namanya...memang power..suasana bola dulu tak macam sekarang..

tengok bola sepak liga super

Kali ini tergerak hati nak tengok bola sepak tempatan secara live...ermm aku sebenarnya tak sokong team melaka, walaupun aku lahir di Melaka..aku minat JDT...hehe..sebab banyak membesar di Johor..

Aku excited nak datang..sebab nak tengok macam mana player main bola sepak dan live beb! hehe, dapat lah tengok Amri yahya..dalam masa yang sama, pkns ada safee sali. Mula mula aku bosan dan nak tidur...sekali Melaka gol...aku pun teruja dan nampak kemeriahannya...serius..tengok tv dengan live, better lagi live..baik korang datang stadium. hehe

Di tambahkan lagi keinginan untuk datang..nak tengok Melaka united main, sebab last perlawanan, melaka kena belasah 7-0 dengan JDT...alahai.kesian. apa pun tetap sokong JDT.

Happening juga tengok perlawanan malam tu...banyak yang aku bebelkan pada player...lembab la, itu la ini lah, tak reti main lah...ermm...sebenarnya kan, bukan senang nak main bola...cakap memang mudah, cuba korang sendiri main dan berdiri di tengah tengah padang yang di penuhi penyokong fanatik sekeliling....apa korang rasa ? siapa yang hendak kalah...? tiada satu pasukan pun yang nak kalah kan ?

Aku cakap macam ni, sebab aku pun juga main bola sepak...bila di atas padang..aku cuba yang terbaik...tapi tetap pasukan aku kalah juga...! haha,  memang frust beb...namun apa  nak buat..terus cuba dan terus mencuba! pasti menang punya beb! Jom penuhkan stadium! hehe

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.