banner-2017-mcj skytechcreative bizness shopee

2 Juli 2017

Tayar Motor Bocor

Petang raya, tiba tiba tayar motor skuter kesayangan bocor kena paku panjang, adui..hilang mood aku nak beraya, namun apa nak di katakan, tinggalkan lah sekejap berberapa hari sebab tak sabar nak pulang beraya ke rumah mak ayah di kampung. Selepas selesai beraya, aku pun cuba hubungi bengkel untuk datang rumah baiki tayar bocor skuter aku...cakap je berapa aku bayar, asalkan berpatutan lah kan...taman perumahan yang aku duduk ni bukan main jauh lagi kalau nak sampai simpang jalan, lebih kurang 3-4 kilometer, nak bawa motor takut jahanam pula tayar, apetah lagi nak menolak, tak larat lah aku....erm, tiada jalan lain, kena minta pomen datang betulkan juga...maklumlah, tak lama lagi nak start kerja semula, motor ni lah nyawa aku, naik motor senang, mudah dan cepat, jimat lagi!kalau bawa kereta..alamatnya tak sampai office lah ! Melaka kan banyak traffic light...sebatang jalan 1km je, ada 3 traffic light..entah apa apa lah! 

Nasib baik ada satu bengkel india sudi bantu, tips kalau tayar motor bocor...katanya, jangan cabut paku yang termasuk dalam tayar, biarkan je..pomen india tu, beri aku pam dan suruh aku pam tayar..alhamdulillah, selepas pam angin tayar, aku ke bengkel motor india tu...dan tak sampai 10 minit.selesai satu masalah..! Lega...


Anda Mungkin Meminati :

1 Juli 2017

Jangan Pathetic Sangat

Hidup ni janganlah pathetic sangat, terus terang sahaja, kadang kadang orang tak faham apa yang kau mahu dan apa yang bermain di minda kamu. Jadikan mudah dan jangan biarkan salah faham di kemudian hari.

Bila mahu berbincang, tidak mahu, ada sahaja alasan, dan bila kita diam, di kutuk belakang, apa yang kau mahu sebenarnya? 

Hidup ni jangan lah pathetic (menyedihkan) sangat.  Ringkaskan! Inshallah semua akan berjalan seperti di rancang...Jangan pusing pusing..pening di buatnya, hari ini cakap lain, esok cakap lain..!

Anda Mungkin Meminati :

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih