Kepada semua pecinta makanan dan yang suka kan masakan barat (western), masakan kampung ala ala macam mak kita masak, dan makanan bergoreng, boleh lah datang ke Cafe RM 5 yang terletak di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh Melaka, harga ? nama pun, Cafe RM 5, sudah tentulah semua hidangan RM 5, memang berpatutan dan berbaloi, memang mampu makan, sesuai dengan situasi semasa iaitu dengan kenaikan pelbagai harga barang dan kenaikan kos sara hidup, yang mana anak ramai, tak payah risau lagi, bila anak anak dan keluarga tiba tiba nak ajak makan luar, terus fikir CAFE RM 5, itulah lah jawapan yang sesuai,

Tidak perlu lagi berlapar semata mata ikat perut sementara tunggu hujung bulan, korang tidak perlu lagi risau untuk mencari destinasi waktu lunch, dinner dan breakfast...hanya di Cafe RM 5, sudah cukup membuatkan hari hari anda riang dan senyum kembali!! Tak perlu mengikat perut dan berlapar lagi. Apa menu menarik di Cafe RM 5 ?  Cafe RM 5 juga menawarkan menu yang sangat menarik, aku pun sudah empat (4) kali ke Cafe RM 5 ini, mencuba hidangan  seperti Asam Pedas Telur Ikan, keistimewaannya ialah sama macam masakan kampung, memang sedap dan kena dengan tekak dan yang paling penting, murah, berbaloi wei.

Hah, apa tunggu lag jom ke Cafe RM 5, lokasinya di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, landmark nya Balai Polis Taman Tasik Utama Ayer Keroh,  untuk lebih lanjut, korang boleh ke FB rasmi Cafe RM 5 inidi SINI . Wow, sekali dah datang dan merasai menu yang ada di kafe tersebut, pasti nak datang lagi, Alamat kedai Cafe RM 5 ini ialah di No. 52 Jalan TU2 Taman Tasek Utama, MITC Ayer Keroh Melaka.

Menu Menarik di Cafe RM 5
HIdangan di Cafe RM 5

Antara hidangan dan menu menarik yang korang boleh cuba di Cafe RM 5 dengan harga yang sangat murah, ialah seperti Asam Pedas telur ikan, Ayam ketuk berempah, Asam Pedas Royal Ayam, Daging Goreng Kunyit., talapia belacan..dan banyak lagi lah! Murah, wei! Apa tunggu lagi...tak cuba tak tahu...jom ke sana Cafe RM 5, terletak di Taman Tasik Ayer Keroh, Melaka!


Menu Menarik di Cafe RM 5

Kepada yang nak datang, boleh melayari facebook CAFE RM 5 tu dulu, call dan tanya dahulu samaada buka atau tidak, sekali dah datang, pasti datang lagi...

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.