Haritu semasa pulang dari kerja, ketika dalam perjalanan, ternampak seekor anjing yang tengah melepak di tepi jalan, Gurau sikit pun tak boleh, di fikiran aku memang takde fikir apa apa, cuma fikir macam mana nak selesaikan isu coding error system yang di bangunkan dan hal pejabat, pening kepala memikirkan, memang kelam kabut la fikiran ni. 

Dalam perjalanan dalam taman menuju ke rumah, ternampak anjing tenang je, di tepi jalan macam best je anjing tu melepak sambil pandang kiri kanan melihat kenderaan lalu lalang, tapi apa yang terjadi, bila sampai je motor dekat berhampiran anjing tu, eh dia pandang motor aku bawa, kelihatan macam nak suruh berhenti, ajak berbual ?, Sekali....nah kau! terus mengamuk bangun terus kejar aku, sambil menyalak gong gong gong, masa ni aku pandu skuter, nampak macam laju, padahal semput, belum service lagi, nak speed pun ambil masa, menyalak sambil kejar, peh, sikit lagi dia nak gigit kaki aku, haha nasib baik anjing tu tak dapat gigit.. Oh mungkin dia berdendam...

Kisahnya ...Gurau Sikit Pun Tak Boleh, apa lah si anjing ni....relaks la!


Anjing putih tu macam dendam dengan aku, dah lama pendam, orang kata dah memang simpan lemak hahaha, apa taknya, setiap kali aku lalu depan anjing tu, aku tekan hon lepas tu pandang tajam pada dia, hampir setiap hari waktu petang anjing tu kena sakat, terperanjat la dia, haha..saja je menyakat, sebab hari hari anjing tu akan landing kat area situ. Maafkan saya si anjing.. 

Gurau SIkit Pun Tak Boleh Safirul Amar

Haiwan pun ada perasaan, ini kan manusia, kalau nak bergurau biarlah berpada pada, jangan keterlaluan, dan kena faham situasi yang di hadapi pada waktu itu, apa pun, sebab apa, aku hon anjing tu, bukan niat nak menyakat sebenarnya, tapi sebab nak dia sedar supaya jangan melintas, karang kemalangan kena langgar , siapa yang nak menjawab, jangan main main, nyawa hanya sekali je Tuhan beri dalam hidup, ala, nak gurau gurau sikit pun tak boleh!

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.