Pelik dengan sikap peniaga yang terlalu berkira (kedekut) terutamanya bila bercerita nak kembangkan perniagaan mereka supaya lebih berdaya saing dan bertahan lama. Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku, dan yang terbaru, dapat lagi panggilan dari seorang peniaga, katanya nak buat iklan burger bergerak gerak (ala ala video animated) macam iklan iklan syarikat besar franchise buat , dan mahu meletakkan di media sosial.

Kata nya lagi, nak buat gempak gila siap tunjuk lagi contoh contoh video montage dari syarikat besar, Ya Allah, demand macam macam, takut aku dengar, tapi aku layan dan dengar je la sampai habis dia cakap, dan aku tunjukkan contoh contoh yang aku telah buat, sebenarnya boleh guna pelbagai kaedah sama ada guna pelbagai perisian video, sama ada adobe photoshop, flash, powerpoint, ulead video studio, adobe primier dan sound forge. Cuma satu je aku minta beri gambar gambar dan teks berkaitan, data kena beri, kalau takde data, macam mana nak buat video ?

Bersemangat peniaga tu apabila bercakap, berwawasan dan  bercita cita tinggi, kagum sekejap, macam macam nak, mengikut dari apa yang peniaga ni hendak, otak aku berjalan untuk mengira semua kos, masa dan tenaga,  dan terus cakap, bagi masa dalam seminggu untuk siapkan, untuk siapkan apa yang dia nak, dan harga nya ? harga ialah, kawan kawan punya pasal  RM 600, dan selepas tawar menawar , dan harga 'adik beradik'  jadi RM 350. 

jangan kedekut untuk memajukan diri sendiri


Peniaga tu setuju dan dalam masa yang sama, katanya akan hantar gambar menu dalam masa yang terdekat, dan sampai ke sekarang enyap dan langsung tak berbunyi. Macam dalam gua senyap sunyi, menunjukkan tanda tak berminat..hehe. Aku mesej dia (peniaga tu) , cakap dengan dia jadi tak, dia reply, mahal lah, takpe terima kasih. Adoi!


Apa pun, aku ucapkan tahniah lah juga, sebab ada semangat dan inisiatif nak lakukan itu, lakukan ini, dan yang sedihnya, mahu perniagaan maju, tapi kedekut...aku pun berniaga juga, ingat mudah ke buat ini semua....kena sengkang mata tak tidur malam semata mata nak siapkan order, idea lagi....penat badan menghadap komputer..

Aku pun, bayar kos diploma multimedia dan degree IT, itu juga pelaburan aku, semata mata untuk meningkatkan taraf hidup kepada yang lebih baik....dengan harga yang aku beri tu reasonable lah...kenapa perlu kedekut buat pelaburan, jika mahu perniagaan berjaya....tak faham aku lah! Bukan aku 'menekan' harga, kalau nak ikutkan, aku boleh charge lebih dari itu. Kalau tak cukup duit atau tiada bajet dan tak puas hati harga, beritahu dan boleh bincang...kalau bajet RM 5.00, dapatlah output bernilai RM 5.00. Takkan lah, aku nak bagi harga RM 5.00 - RM 15.00, tak berbaloi kerja brother , penat siang malam, melayan karenah client, bayar design sikit, nak output macam harga RM 20,000, tak boleh lah macam tu brother

Traveloka dan zalora pun bayar aku RM 300 - RM 600, itu untuk posting artikel je tu....belum lagi nak minta buat animation dan video....ermm. Penat asyik bertekak dengan client je...buat sendiri lah senang, baru tahu susah macam mana...cakap memang mudah, ala..tak guna modal, guna otak je...erm, aku nak tengok kau guna otak buat design, buat video, buat animation, perah idea, tak tidur malam, tak makan, tak minum...aku nak tengok..yang cakap kosong ni semua, mampu tak ?

Pernah deal design conceptual 3D design architectural, RM 700 untuk 5 design, padahal harga sepatutnya  RM 2500 - RM 3500 .  Itu Conceptual Architectural  3D je ....

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Mungkin masih baru kot. So dia mcm rasa mahal. dia tak faham lagi struggle buat design acaner.

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI atau Tanpa Nama), tidak akan di approve serta akan di remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.