Pada 18-19 September 2017, dijemput untuk mengajar subjek pembangunan asas laman web Joomla, untuk semua penjawat awam di negeri melaka yang bertempat di inkubator K-Ekonomi, Melaka, kelas berlangsung selama dua (2) hari berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah, dan rata rata semua peserta berjaya membina laman web masing masing menngikut kritera yang ditetapkan.
Antara topik yang aku ajar ialah seperti installation joomla, fix error database loading, add article, create menus & submenu , CSS, edit templates, installation plug in, setup layout preview module position, module dan component dan banyak lagi lah.
Sebenarnya tersangat lah mudah nak bina sebuah laman web, tak sampai 15 minit pun, hanya semudah makan kacang, yang penting fokus dan bijak ambil peluang yang terhidang (jika terdapat kursus sebegini), ayuh sertai..
Sebenarnya, aku dah 1-2 tahun lebih, tak aktif dengan aktiviti melibatkan joomla ni, jadinya, hampir hampir lupa.., tapi bila aku mengajar, dapatlah refresh semula, seingat aku lah...masa aku berjinak jinak dengan joomla ni, masa era versi 2.5 lagi. Tapi topik yang kena ajar kali ini, untuk versi 3.7.5..aduhai...takpe yang penting confident! confident level kena tinggi..haha.
Nampak tak tu, gambar masa mengajar...yang datang pun kebanyakkannya staff IT jabatan dari pelbagai agensi, atleast dengan ilmu joomla yang di perolehi di kelas ini, boleh lah pelbagaikan web sistem di agensi masing masing... ada banyak platform boleh digunakan...seperti Drupal,wordpress..
Tapi aku rasa...joomla lebih friendly kot....banyak extensions pula tu...kalau korang yang nak hadir kelas seperti joomla macam dalam gambar....boleh whats app aku di 016 6474201, mana lah tahu, bos korang minta buat website ke apa ke kan, boleh minta hadir kelas...hehe....
Posting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.