Pada 7 Oktober 2017, telah di panggil untuk mengajar berkenaan Penulisan Akademik bagaimana membina rujukan (references) di Durian Daun Melaka dimana program yang berlangsung selama setengah hari ini dapat membantu  dan memberi panduan kepada pelajar pelajar bagaimana membuat penulisan tesis mereka supaya lebih ilmiah dan akademik.

Banyak kelebihan yang boleh di dapati apabila mengikuti kelas ini antaranya mampu mendapat kan markah tugasan yang lebih tinggi, menjimatkan masa dalam menyiapkan tesis (assignment), installation browser plugin, tugasan mengikut format APA Style. Alhamdulillah semua belajar faham apa yang cuba di sampaikan, dan yang penting, selepas ini, akan mendapat markah dengan lebih baik dan meningkatkan keyakinan untuk membuat assignment.

Sebenarnya kunci kejayaan dalam menyiapkan tugasan (assignment) ialah harus banyak rujukan di nyatakan didalam tugasan, itu membuktikan anda banyak melakukan research, merujuk dan memetik kenyataan dari sumber yang di percayai, kena balance dan merujuk, jangan tulis assignment syok sendiri. Menggunakan perisian aplikasi lebih mudah, biasanya kalau membuat tesis, perkara yang banyak buang masa adalah mencipta referrences (rujukan).

Bengkel Penulisan Akademik Di Durian Daun Melaka

Didalam bengkel penulisan akademik ini ditekankan kepada rujukan dimana adakah penulisan anda beralaskan dari petikan mana mana penulis jurnal untuk menyokong penulisan anda, apa pun selamat menyiapkan assignment, ingat, kumpul bahan bahan rujukan dahulu, selepas itu, sudah boleh fikir untuk sediakan template tugasan.Tahniah kepada agensi kerana memberi pendedahan dan berminat untuk membantu student mereka ke arah mencapai kecemerlangan,  Kepada yang berminat dengan bengkel penulisan akademik ini, boleh hubungi saya di 016 6474201. 

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar