Macam mana nak buang teks Open Source Content Management dan ayat Joomla di Header Beez3 templates ? Ok, biasanya perkataan Open Source Content Management dan Joomla logo ini akan terdapat di Beez 3 templates, aku sendiri pun kalau membangunkan laman web, kadang kadang menggunakan default templates yang di berikan oleh Joomla, iaitu Beez 3, cara nak buang banner, teks dan logo tu sebenarnya mudah sahaja, macamana nak buang description dan title teks tu, sebab bukan di coding tapi sebenarnya di template setting itu sendiri, di dalam CMS control panel itu sendiri.
Ok caranya mudah, boleh ikuti langkah yang di tunjukkan di bawah, cara ini mungkin dapat menyelamatkan situasi di mana , perkataan berkaitan joomla, dapat di buang, dan anda boleh memasukkan custom teks yang anda mahukan.
Kalau dari segi SEO (Search Engine Optimization) mungkin akan memberi effect kepada web anda jika membiarkan kosong di bahagian title dan description, kerana robot di search engine tidak dapat kenal pasti blog anda, dan sekaligus menyukarkan end user untuk melayari laman web anda. Itu pandangan aku...namun terpulang lah kepada anda semua, kalau nak guna template beez3 ni, boleh lah anda ikuti langkah langkah seperti di tunjukkan di bawah ini.
1) Pergi ke Extensions --selepas tu, pilih Templates. (lihat gambar A di bawah)
gambar A |
2) Selepas itu, tekan pada Beez3-default templates itu , dan paparan seperti di gambar B akan di paparkan, sila pilih tab Advanced, di ruangan Advanced, sila buang segala teks di ruangan Site Title, Site Description, dan buang (X) logo.
gambarB |
Untuk menghilangkan tulisan site name pula, di sarakan korang pergi ke folder joomla, pilih fail global configuration.php , kemudian buang perkataan yang di dalam kurungan "" tersebut.
Itu sahaja, cara cara untuk buang logo dan teks Open Source Content Management di Joomla 3 Beez3 templates. Semoga artikel ini bermanfaat dan semoga berjaya ya.
Posting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.