Macam macam ayat ada di SMS di masa millenium ni...kadang kadang pening nak faham, kejap ada huruf kecik besar, lepas tu ada nombor...erm pelik pelik, macam mana lah korang baca eh...apa pun, ini sangat berguna sebagai ibu bapa untuk kenal pasti ayat ayat anak anak mereka, terutamanya jika anak anak mereka menggunakan smartphone. Tujuan ibu bapa beri smartphone tu bukannya untuk mengenyam atau mencari kenalan ye anak anak, tapi untuk berhubung (connecting) dan berkomunikasi, jika berlaku kecemasan...mudah untuk di hubungi.

Dulu masa di sekolah, masa zaman aku lah..kalau nak kutuk dan mengumpat orang..cuma tambah huruf je kat perkataan yang korang nak sebut...contoh nya : muka hodoh dan takde otak... tambahkan apa apa 2 huruf contohnya...huruf ZA ..maka akan jadi ayat seperti ini : Mukaza hodohza danza takdeza otakza..hahahah...kena cakap laju laju...dan hanya orang yang faham je, yang boleh reply semula..dengan cara ayat yang sama...

Kalau boleh elakkan anak anak dari menggunakan sebarang aplikasi yang boleh mengundang bahaya, sebagai contoh we chat dan bee talk...user di Malaysia menggunakan we chat untuk tujuan yang tidak sihat dan mencari kenalan dalam masa yang singkat terutamanya budak budak baru habis sekolah. Tiada tapisan dan gejala seks di bincangkan secara terbuka tanpa ada tapisan lapisan umur...bukan menyalahkan teknologi, dan teknologi tidak bersalah, yang bersalah di dalamh hal ini..ialah pengguna aplikasi itu sendiri....kalau pengguna itu menggunakan aplikasi itu dengan cara yang baik, maka segala nya akan menjadi baik, kalau sebaliknya...maka, akan menjadi tidak baik dan pengakhiranya..aplikasi juga itu yang di persalahkan..

Rajin rajin kan lah melihat handphone anak anak...kalau ada terlihat nombor seperti 143 tu awas dan berhati hati...itu membawa maksud tertentu..dan nombor -nombor itu mengikut jumlah huruf di dalam sesuatu perkataan. aku baru tahu..dan setelah di google..jumpa maksudnya..haha (lihat gambar A di bawah)

binggung dengan nombor nombor dan ayat
gambar A
143 tu merujuk kepada 3 perkataan iaitu I (1) Love (4) dan You (3) ...wah itu macam kah...ok, aku tambah forever (7) , so akan jadi 1437 .. korang bercinta dulu guna nombor nombor macam ni ke ? haha...rasanya masa sekolah dulu...ada dapat surat dan tulis 143 di akhir ayat ...tapi aku tak faham..dan abaikan sahaja... haha, kalau nak maki orang..sebut ba bi...sebut 22 lah eh ? Guna nombor je eh....lepas tu yang reply 323...Kau La Babi (323) hahaha

Sekarang ni..aku binggung...orang asyik sebut kunyit....aduhai, dan bila tanya rakan, kenapa selalu sebut kunyit masa 'bahan' orang lain....dia cakap kunyit tu..geng Gay....wow..tapi lagi bingung aku...kenapa sebut kunyit ? kenapa tak sebut timun ke...sabun ke..apa apa pun..lebih baik straight to the point, mesej lebih jelas...

Kadang kadang...selalu guna bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan orang (walaupun SPM 6C)...dan di depan anak anak...sebab apa yang kita cakapkan tu, anak anak mengikut...kalau kita nak maki hamun, lebih baik dalam bahasa inggeris...lebih 'sopan' . haha..macam macam hal pelik di zaman ini....

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.