Wah..muka masuk surat khabar la wei di akhbar melaka hari ini lah beb, haha, gambar ni masa meeting dengan Datuk di menara persekutuan di negeri melaka, berkenaan program besar yang akan diadakan di Melaka pada November ini. Bahagian aku kena buat publisiti dan promosi dan kena bantu secara belakang tabir program ini.

muka masuk paper beb

Saja je semak akhbar melaka hari ini, sebab nak cari bahan dan artikel yang menarik, mana lah tahu ada jawatan kosong ke, boleh la apply cuba nasib, belek punya belek, sekali ternampak pula gambar aku yang hensem macam remy ishak ni, terasa macam artis lak, tapi kesian takde siapa pun yang perasan, sebab orang Melaka, susah nak dapatkan akhbar Melaka Hari Ini, terhad dan kalau nak dapatkan kena pergi japerun yang berhampiran kalau tak silap.

Muka Aku Masuk Surat Khabar

Kali pertama gambar masuk akhbar ialah di Akhbar Tamil, program Adobe Photoshop untuk belia belia Tamil, seronok mereka di dalam kelas, angguk je, bila tanya faham ke tak diorang senyum je, bila tanya, semua geleng kepala sambil keluar lidah, haha terbaik! langsung tak banyak hal, yang mereka tahu, kejap kejap tanya, cikgu bila nak habis? cikgu, bila nak habis kelas? dah terlebih setengah jam ni cikgu. 

Aku pun tunjukkan lah pada Mak aku paper Tamil ni....bangga beb mak aku, mak aku pun pening..aku yang mana satu aku dalam paper tamil tu...apa pun, aku bukan lah heran pun semua ini...ah peduli lah! masuk paper ke, tak masuk paper ke...aku bukan baca surat khabar pun...tapi, alang alang gambar dah terselit, dapat lah 'bahan' untuk di jadikan cerita di blog...haha.

4 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Tahniah Saf..bukan alang2 tu hebat..

    BalasHapus
  2. saya pulak selalu keluar paper .. hehe.

    BalasHapus
    Balasan
    1. biasa orang sebut...keluar paper ..tu maksudnya ada dalam paper...kan tuan? hehe

      Hapus
    2. soalan ini mengilhamkan saya utk buat satu n3 mengenainya.

      Hapus

Posting Komentar