Banner blog safirulamar 2020 iklansafirul1

6 Des 2017

Bengkel Laman Web Di Port Dickson

Alhamdulillah, telah selesai bengkel latihan Laman Web Joomla kepada kakitangan tentera di institut kejuruteraan tentera darat yang bertempat di port dickson, tempohari lalu. Bengkel ini adalah untuk siri yang kedua, di mana tujuannya, untuk menambah baik laman web dari yang sebelum (siri pertama), dan selepas selesai bengkel, maklumbalas dari peserta ni semua memberi respon yang positif, Pertama kali mengajar di dalam Kem Tentera, kenalah mengikut undang undang mereka, tepati masa, disiplin dan melaporkan diri setiap kali keluar masuk.

Sepanjang bengkel ini berlangsung,  mereka di ajar dari awal, iaitu dari proses installation web server, installation module / plugins hinggalah ke fasa pembangunan laman web, kursus ini bukan berkaitan dengan perisian joomla sahaja, ada juga menyelitkan pembelajaran bagi perisian adobe photoshop dan basic coding HTML dan CSS, tujuannya adalah untuk membaiki error dan customize website.

Sebagai webmaster laman web, tidak sekadar mempunyai pengetahuan bagaimana mahu membangunkan kan laman web sahaja, malah perlu juga mempunyai asas rekabentuk dan sedikit ilmu berkenaan asas koding seperti HTML dan CSS.


Kebanyakkannya peserta yang hadir ke kelas sebelum ini, mereka hanya berjaya membangunkan laman web perniagaan mereka, dan dalam masa yang sama tidak sempurna kerana tiada asas untuk customize banner web mereka, dan menggunakan asas HTML untuk menampakan laman web itu lebih menarik. Maklumlah kelas yang di jalankan sebelum ini, selama 1 hari sahaja, dan untuk kursus di kem tentera ini yang berlangsung selama empat (4) hari menggabungkan banyak perisian.

Alhamdulillah, mereka berjaya menyiapkan laman web yang lengkap dengan banner web jabatan / unit mereka, menghasilkan poster untuk di letakkan di web, customize module position, dan yang paling penting, peserta TERSENYUM kerana berjaya membuat website walaupun mereka bukan di dalam bidang ICT.

kursus laman web di IJED portdickson

Sebenarnya, walaupun kita dah faham cara cara nak buat website, kena sentiasa praktis dan cuba...! buat la apa pun sekalipun...jika kita tak amalkan, pasti lupa...! Di hari akhir sebelum perasmian penutup, setiap peserta di kehendaki membuat presentation, dan mereka meminta aku memilih tiga (3) yang terbaik, Alhamdulillah, semua nya terbaik dan berjaya membina website, dan tiada yang 'terlepas' dari tugasan, Kalau nak mengajar ni kena ajar dengan cara yang mudah di fahami...!   Barulah pelajar faham apa yang kita sampaikan! 

Ok, mari kita lihat website yang mereka hasil kan, gambar ambil banyak...cuma 1 dua sahaja..sebab jadi juri penilai kan, haha


kursus laman web di IJED portdickson

kursus laman web di IJED portdickson

Ok, untuk makluman semua yang berminat, pada 10 Disember 2017, ada kelas laman web, kepada yang berminat, boleh daftar ]di safirulamar@gmail.com atau boleh whats app di 016 6474201. Tempat terhad..


Anda Mungkin Meminati :

7 komentar:

  1. Tahniah sahabat blogger Saf..terbaik..setuju sekali mengajar kena cara mudah baru difahamai

    BalasHapus
  2. Asalam Saf..boleh ajar kah cara nak log in semula akaun blog yang kita tak tahu atau kita lupa pasword. email kan kat saya ya..boleh tak bantu..email ke amohdazali263@gmail.com

    BalasHapus
  3. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda telah terpilih sebagai salah seorang pemenang SPM Fever Giveaway! Untuk makluman lanjut dan cara untuk menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah. Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2017/12/senarai-pemenang-spm-fever-giveaway.html

    BalasHapus
  4. rumit tak nak buat website?

    BalasHapus
    Balasan
    1. Mudah....boleh call atau whats app saya kalau nak join kelas

      Hapus
  5. tahniah menjadi pemenang SPM Fever Giveaway!

    BalasHapus

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, terima kasih.

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih