Selamat Tahun Baru 2018, ya kepada semua rakan rakan blog dan pembaca blog ini, masa berlalu begitu cepat, sedangkan masih lagi terasa seolah seolah di tahun 90 an lagi..hehe, kadang kadang terasa berada di tahun 2050 pun ada, di sebabkan kesan inflasi mata wang pada aku..dulu, kalau ada RM 100 pun sudah cukup untuk beli barang dapur penuh satu troli, sekarang ? Ermm di tahun baru ini, kena kerja kuat lagi, bila tiba tahun baru, bermakna kita semakin hampir dengan kematian, sedarlah kita semakin tua, lakukan perkara yang bermanfaat sebagai bekalan kita di sana nanti..
Ok, kisah misteri yang nak di ceritakan ini, kisah satu sikat yang berada di luar rumah..aku pelik dan sungguh misteri, apa, kenapa dan atas tujuan apa sikat tu berada di situ...? Oh sungguh misteri...! Aku tidak buat onar pada orang lain, kenapa sikat itu di situ ? Semakin pelik apabila bila buka pintu je, ternampak sikat di atas meja! tiba tiba bulu roma berdiri...sedangkan pada waktu itu, jam di dinding menunjukkan waktu pukul 3.50 petang, eh, semakin misteri!
Hah...itulah sikat yang di maksud kan ...seram tak ? siapa empunya sikat ini ? Ermm....korang jangan tenung lama lama...karang meremang bulu roma dan tak boleh tidur malam pula!...haha.
Ok, kisahnya...tiada apa yang seram dan misteri pada sikat ini...puncanya..aku lah yang meletakkan sikat ini di luar rumah, tujuannya untuk kegunaan pada hari hari yang mendatang di tahun baru, terutamanya di waktu pagi sebelum pergi kerja..! Di waktu selalu tergesa gesa sebab bangun lambat. Azam tahun baru aku ialah, nak datang awal ke pejabat, lagi awal dari tahun sebelum, haha, kalau sebelum ini, datang jam 10.00 pagi..kali ini, nak datang pada jam 9.00 pagi...! Aku nak menjadi lebih produktif! Dan apa fungsi sikat tu ? fungsi sikat tu...ialah sebelum bergerak ke tempat kerja, boleh sikat rambut.....! Supaya nampak lebih kemas dan semakin hensem...! haha
Di tahun baru ini juga...aku nak lebih banyak mengembara, sebab sebelum ini belum pernah ke mana mana lagi, asyik sibuk sahaja dengan hal pejabat je..sampaikan takde masa nak ke tempat tempat menarik ! Lebih banyak mengembara lebih banyak lah idea datang ! Baru lah ada benda nak update di blog...takde lah kisah pasal sikat macam ini di ceritakan di blog kan?...! hahahaha
Posting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.