Pada 14 Mac 2018 , mengajar perisian grafik adobe photoshop kepada pelajar pelajar dari Giat Mara Simpang Ampat, pelajar yang menyertai latihan photoshop ini daripada jurusan Beauty Spa. kenapa mereka terlibat di dalam kelas grafik ini? Tujuan utama adalah untuk mempelajari teknik teknik mempromosi beauty spa mereka dengan cara menyebarkan flyers seterusnya dapatlah mempromosikan kursus spa yang mereka anjurkan. Langkah dan usaha yang bagus, menimba ilmu dan dalam masa yang sama, menambah pendapatan.

Di dalam kursus ini, mereka diajar bagaiamana menggunakan setiap tools,cara cara membina banner, bunting, majalah dan flyers mengikut ukuran sebenar, dan cara cara membuat layout design di adobe photoshop. Banyak kebaikan dan kelebihan apabila mempelajari perisian photoshop ini.

Adobe photoshop giat mara simpang ampat

90% pelajar dari jurusan beauty spa giat mara, simpang ampat ini adalah terdiri daripada perempuan, comel semuanya, akhirnya bertemu juga jodoh disini, hihi, mereka lagi bertambah bersemangat nak belajar adobe photoshop apabila tiba di tools yang digunakan untuk 'menyembuhkan atau memulihkan' gambar, Apa tak seronoknya, kerana dapat mengedit muka supaya lebih cantik dan tidak berjerawat. Haha.

Seronok mereka, semoga berjumpa lagi di lain hari, harap apa yang telah dipelajari akan sentiasa di praktikkan hari demi hari, rajin rajin kan diri melihat artwork design yang sedia ada di dalam internet, supaya mendapat ilham dan idea.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.