Beruntungnya kita menjadi rakyat Malaysia, semuanya serba serbi cukup, walaupun bersederhana, namun bersyukur kerana masih lagi dapat hidup aman, dapat menikmati makan dan minum, walaupun nasi, sambal dan telur dadar sahaja pun itu sudah cukup menyelerakan, Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, terlalu banyak makanan melimpah ruah sehinggakan berlaku pembaziran, makanan yang tak habis, di buang begitu sahaja ke dalam tong sampah.
Di luar negara, golongan miskin khususnya luar bandar di Filipina ini amat terlalu daif dan keadaan ini memaksa golongan ini agar terpaksa melakukan pelbagai aktiviti untuk menyambung hidup termasuklah dengan mengutip lebihan sisa makanan di dalam longgokan plastik sampah yang dibuang oleh pekerja pekerja restoran mewah di sana. Bahan buangan dari restoran atau kedai makanan minuman di ambil, sisa ayam ini akan diproses dan dimasak semula untuk dimakan. Makanan ini dipanggil ‘PagPag’ iaitu istilah Tagalog untuk makanan yang dihasilkan daripada sampah ini.
PagPag bukan sahaja sisa ayam daripada sampah, malah boleh jadi daging beku yang sudah tamat tempoh,ikan atau sayur-sayuran yang dibuang oleh pasaraya. Adakah korang semua sanggup melakukan ini jika keadaan ekonomi memaksa ? bersyukurlah hidup di Malaysia yang mana, semua rakyatnya mendapat 'kemewahan' makanan, sehinggakan berlaku pembaziran.
Sisa sisa sampah yang di kutip pada setiap 12.00 malam ke atas akan dijual kepada pengusaha kedai yang menghasilkan pag pag, pengutip iniakan mendapat bayaran lebih kurang sebanyak 0.50 sen untuk setiap satu beg berisi pag pag, seterusnya sisa makanan seperti daging, ayam, sayur itu akan di bersihkan, di asingkan kotoran yang melekat, di tumis bahan bahan dan aktiviti memasak akan di mulai, Terbaiklah pag pag, hidangan ini sangat popular di filifina...kepada backpackers yang berhajat untuk berkunjung ke filifina dan ingin merasai makanan bajet seperti pag pag...boleh la cuba ya! rasa nya sungguh enak dan lebih bervitamin.
Kepada yang suka membazir membuang makanan begitu sahaja....lihat lah dan tonton video di atas, lihat bagaimana golongan miskin di filifina ini berjuang (struggle) untuk hidup...! lihat lah...agar mampu memberi motivasi ..aku terkesan dan kagum dengan mereka di sana! Teringat masa berada di terminal one seremban suatu ketika dulu, nampak budak punk, makan sisa KFC di meja yang di tinggalkan pelanggan, itu pun boleh jadi PAG PAG juga,
Kalau nampak ada kedai yang buat pag pag di warung tepi jalan, nak cuba lah! cam sedap je macam dalam gambar kat atas tu, haha
Kalau nampak ada kedai yang buat pag pag di warung tepi jalan, nak cuba lah! cam sedap je macam dalam gambar kat atas tu, haha
ya...bersyukur negara kita masih tidak sampai tahap seperti itu...tetapi kerenah orang atasan yang pentingkan diri amat menyedihkan rakyat..
BalasHapuskita harus bersykur apa yang kita ada...
BalasHapuspembaziran amalan yang tidak baik...
Posting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.