Safirul Amar Azmi Blog! jombuatduit SKYTECH CREATIVE SKYTECH CREATIVE IKLAN Biztudung

Tuesday, May 29, 2018

Bila Lapar Semuanya Sedap

Bila lapar tengok apa pun nampak sedap..begitulah realiti dugaan yang di hadapi di bulan ramadhan.Seperti biasa, sebelum berbuka, ke bazar ramadhan yang terdekat, melihat juadah untuk berbuka nanti.Macam macam juadah di jual, ada nasi kerabu, kuih muih, air buah, nasi ayam dan sebagainya.

Apa pun, bersederhana dan jangan terlalu mengikut hawa nafsu berbelanja, selepas tu, berlaku pembaziran, apa yang di beli, di buang begitu sahaja. Sepatutnya di bulan ramadhan, kita semakin berjimat, bukannya semakin boros membazir.

Selamat berpuasa semua, aduh lama lagi nak berbuka, hari ni, tak bangun sahur...dugaan dugaan!

Monday, May 14, 2018

Misteri Senduk Tiada Di Rembia

Sebuah lagi kisah misteri yang berlaku pada diri aku, berlaku di sebuah medan selera yang terletak di RNR Rembia....di kedai nombor 1. Masa tu aku kena mengajar di daerah alor gajah, nama tempatnya brisu ..ermm macam tuh lah...! sebelum ke sana, ingat nak isi perut dulu yang kelaparan..yela nak mengajar kan, kena bersemangat dan bertenaga, macam mana student nak faham, kalau gaya pengajaran nya macam acuh tak acuh macam gaya lecturer di berberapa IPTA dan IPTS...! 

Perut harus di isi, baru otak boleh berfungsi dan berfikir, dengan berbekalkan RM 30.00 di dalam wallet ketika itu...kebetulan terlihat medan selera di situ..! aku singgah lah sekejap..untuk alas perut..sebelum mengajar nanti...!

'Misteri' nya mula menjelma apabila tiada senduk di setiap tray lauk yang di sajikan...! ah sudah...! macam mana nak ambil kuah ni...! ketika itu bajet tak berapa nak ada....yelah RM 30.00 apa lah sangat yang boleh makan....! tiba tiba owner kedai datang (makcik tua) diam je....! aku tanya dia..mana senduk...! dia pun jawab...nak ambil apa ? aku jawab lah...nak ambil kuah dan bendi sedikit...!

Wednesday, May 02, 2018

Dunia Semakin Terbalik

Dunia semakin terbalik, manusia begitu taksub menyanjungi ahli politik, menjulang bagai nak rak, sedangkan manusia manusia ini, tidak pula berusaha mendapatkan ilmu malah gemar menyebarkan berita palsu...aku semakin malas untuk berkata kata soal politik, salah tetap salah, benar tetap benar. Berita yang tidak pasti, lebih baik diam..! Tidak ada apa yang perlu di sangkal lagi...tidak usahlah menegakkan benang yang basah...

Pilihan raya bakal tiba...pilihlah calon yang benar benar ikhlas bekerja untuk rakyat, tidak perlu sanjung lebih lebih, cukup lah sekadar menghormati sahaja, sedangkan 'YB' ini di lantik oleh rakyat juga....! kebanyakkannya YB yang menang di kawasan masing masing selepas PRU memang susah untuk bekerjasama dengan rakyat, malah terlalu banyak birokrasi! macam bola kita di buatnya...

PENAFIAN

Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan, kematian, atau sebarang kecelakaan. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Terima Kasih

Artikel di dalam blog ini, boleh di ubah, dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi