Pada 8 Julai 2018 (Ahad) yang lalu, saya bersama dengan rakan rakan di tempat belajar, telah menjayakan aktiviti yang di namakan sebagai Program Amal Tanggungjawab Sosial Korporat Di SRA Jaim Limbongan Melaka, alhamdulillah aktiviti ini berjalan dengan lancar dengan cuaca yang mengizinkan dan baik, penyertaan daripada pelajar pelajar pun ramai dan mendapat sambutan mengalakkan. 

Kami bersama sama ahli jawatankuasa Alumni Kelab Pelajar Open Universiti Malaysia OUM telah melaksanakan tugas seperti mengecat bilik kelas, menyusun buku, meja dan kerusi, program amal ini lebih kepada aktiviti pembersihan dan mencantikan bilik kelas dan bermula pada jam 8.30 pagi hingga pukul 4.00 petang.  Bagi saya program amal kebajikan (CSR) ini sangat baik dan secara tidak langsung dapat memberikan tambah nilai dan sebagai kesedaran yang mana di dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain, bersama sama meringankan beban, jika tidak mampu memberi wang ringgit, boleh melakukan kerja amal seperti ini. 

Aktiviti sukarelawan ini harus di teruskan kerana bukan sahaja dapat menyihatkan badan, memelihara alam sekitar, malah membuatkan insan yang memerlukan tersenyum dan dapat meneruskan hidup untuk menghadapi hari mendatang. Pada mula nya, keadaan bilik kelas agak suram, kotor dan tidak terurus, dan selepas kehadiran kami, suasana ceria mula timbul dan di harapkan adik adik dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika di dalam kelas ya,  Boleh lihat laporan  Aktiviti dua (2) iaitu dalam bentuk video di link ini,  https://youtu.be/vM3SKgvUl5I

Program Amal Tanggungjawab Sosial Korporat Di SRA Jaim Limbongan

Kepada pelajar pelajar yang baru, dan bakal menduduki subjek komuniti ini, korang hanya perlu komited dalam melaksanakan tugas dan memenuhi segala tuntutan tugasan di dalam aktiviti 1, 2 dan 3 (jurnal reflektif) seperti yang di nyataka di dalam rubrik. Tahniah Open University kerana melaksanakan program amal ini, amat baik sebagai kesedaran kepada pelajar dan mendidik menjadi insan yang prihatin dan bertanggungjawab.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.