Pada suatu malam ketika balik dari kerja, Ternampak Sesuatu Yang Berbulu, bergerak gerak kelihatan seperti kucing jinak ini di perkarangan rumah, comel dan kembang bulunya, dalam fikiran aku, mungkin dia lapar, terus pergi beli makanan kucing paket kecik dan letakkan air di dalam satu bekas, seronok bila lihat kucing tu gembira dan menikmati makanan nya, cantik kucing ini, bersih.

Puas juga hebahkan kan di media sosial, minta tuannya datang ambil, tapi tiada siapa yang mengaku kucing mereka, selagi tiada yang menuntut kucing ini, biar aku jaga sementera, lagipun aku teringin nak bela kucing sebenarnya, seronok bila pergi balik kerja ada kawan yang menemani setia, cantik dan bersih bulu nya.


seronok bila lihat kucing tu gembira
Nama untuk kucing ini, masih belum beri lagi, hehe, tengok la sehari dua lagi macam mana, buatlah berbaik sesama mahluk, tak rugi pun, kadang kadang, apa yang kita dapat (rezeki) bukan sepenuhnya milik kita, agih agih kan la kepada yang memerlukan

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.