Kawan dah lama, bertahun tahun tapi nama penuh kawan sampai sekarang tidak tahu, biasanya panggilan nama kawan banyak jenis kategori, tak tahulah nama ini mengajuk ke, mengejek ke, ada kategori buah, haiwan ternakan, serangga dan kategori jelik. Banyak nama serangga dan haiwan lembab, seperti katak, penyu, dan kura kura, bila di majlis keraian seperti majlis kahwin, dan sebagainya, kawan kau takde masa tu, mak ayahnya pula tanya, cari dan kawan siapa tu nakk ? Mengigil kau nak menjawab, menyesal tak sudah sebab tak tahu nama penuh kawan kau, mak ayah nya beri nama Mukhriz, kau panggil dia Penyu..!Nama kawan Muhsin, kau panggil Kulat, Mengigil jugalah nak menjawab sebab TIdak Tahu Nama Penuh Kawan

Terpaksalah tunggu lama sikit ditepi jalan depan rumah dia, hantar sms pada kawan tu (penyu) untuk keluar depan rumah, Ada satu peristiwa, masa sekolah dulu, ke rumah kawan sebab nak pinjam buku sekolah untuk photostat buku dia, sampai je kat rumah dia, nampak mak dia, dan terus bagitahu, Makcik, katak ada rumah  ? haha, mak dia terus panggil katak, oh katak, kawan kau datang cari kau ni, keluar cepat tak! haha 

Paling rare sekali, bila dari kecik kau panggil kawan kau Ayam (sebab muka dia macam ayam), sampaikan dia kahwin, siap tulis di banner majlis kahwin nya, Jemputan Perkahwinan Ayam dan Zurina...ini kisah benar dan aneh! Keluarga terdekat mungkin faham siapa tu ayam, bagi yang tak mendapat jemputan, orang yang lalu lalang di tepi jalan ? Apa yang mereka faham dan fikir ? haha.

Tidak Tahu Nama Penuh Kawan
Haha, sampaikan anak pertama, aku cari nama yang sesuai dengan dia supaya di sekolah, dia tak kena ejek, Aku letakkan supaya nampak moden sikit. sebab aku kat sekolah kena ejek, bebudak lain panggil Amore .aku tak suka diorang sebut amore, Sabar je la, macam macam gelaran terima.

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar