Dalam kesibukan hakiki kami dengan profesion kerja masing masing, kadang kadang kami memerlukan hiburan sekali sekala untuk reward diri yang kepenatan dengan hal dunia yang tidak berkesudahan. Saya ada sebuah band muzik yang di tubuhkan pada hujung tahun 2017 di yang beri nama Abolish, sudah banyak kali bermain di kelab malam, gigs anjuran pelbagai label, dan kali ini mendapat jemputan dari label underground iaitu Pineng Nothern Riot, gig ini mungkin yang terakhir dianjurkan di Pulau Pinang, tujuannya mengumpulkan sahabat sahabat lama sejak tahun 90 an, lokasi persembahan di  sekitar butterworth, pulau pinang, mendapat jemputan bermain muzik di sana. Kami pergi ke sana pun naik bas je, tempah tiket di aplikasi red bus. Perjalanan ke sana memang letih, di tambah lagi naik bas, memang bengkok badan di buatnya, pada masa yang sama, ada dua gig pada tarikh yang sama. Memang penat.

Persembahan kali ini, bermain satu pentas dengan band band terbaik underground (Malay Power) bawah tanah antaranya seperti Boot Axe, Brownattack, Total Distrust, Antaboga dan banyak lagi. Memang happening betul. 

Betul orang ramai cakap, pulau pinang ni, memang syurga makanan, kalau nak merasai makanan yang sedap gila dan murah, jom kita ke pulau pinang, sepanjang tempoh dua (2) hari aku berada di sana memang penat gila wei, bukan penat otak atau penat fizikal badan sangat, tapi penat mulut ni nak mengunyah makanan, rugi je dua hari kat sana, tak puas, nasihat aku kalau korang nak ke pulau pinang, kena ambil cuti lama sikit, kalau setakat pergi dua hari atau balik hari macam aku ini, memang tak berbaloi, buat penat letih badan je. Banyak lagi tempat makan yang best tak dapat pergi, sedih.

Makanan yang sempat aku makan di sana, ialah nasi kandar muhammed jamil, mee goreng sotong dan Makan Rojak Tonggek Di Pulau Pinang, ala yang macam cucuk cucuk lidi tu, ada tauhu, buah, sayur lepas tu celop dengan kuah rojak petis, lokasi berdekatan area pineng sentral, Butterworth. ala, kalau dah sampai sana, tanya je orang sana, rojak tonggek kat mana. Bagi aku, nampak biasa je la, tapi ramai betul orang makan dan beli di situ, daripada taknak beli, terus beli, haha.

Rasanya? Erm, ok la boleh la. Kepada korang yang pergi ke Butterworth, apa lagi, Jom la singgah Makan Rojak Tonggek Di Pulau Pinang.

Makan Rojak Tonggek Di Pulau Pinang

Makan Rojak Tonggek Di Pulau Pinang

Terbaik Pulau Pinang, negeri di bawah bayu, kaya dengan hidangan makanan yang terbaik, sedap dan yang paling penting, murah! Jom ke sana, berjalan jalan, dan mencuba Makan Rojak Tonggek Di Pulau Pinang. 

Makan Rojak Tonggek Di Pulau Pinang

Saya ada satu soalan nak tanya korang semua ni, pertama kali saya ke lokasi yang jauh dengan naik bas, masa pergi, pukul 10.30 malam, sampai disana dalam jam 4.30 pagi, standard dalam 6 jam perjalanan bas kalau ke pulau pinang, masa pergi ke sana, bas ke sana tak berhenti di mana mana terminal, tapi masa balik, lama betul kami nak tiba di melaka, tiket pukul 6.00 petang, sampai melaka jam 4.00 pagi. Pedih belakang..haha

Bas tu banyak berhenti di setiap terminal , ambil orang dan turun orang, for the next time, macam mana nak semak bas yang jalan terus tak berhenti di mana mana stesyen? Ada letak, express ke apa ye?

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.