Kalau dulu, Zeref masa umur 1-2 tahun, bila masuk je pasaraya, diam je tak banyak karenah dan permintaan. Apa yang di beli, terima dengan hati terbuka, siap senyum lagi, masuk umur 3 tahun, erm, kisah seram sejuk bermula bila fenomena coklat dengan permainan kinder joy menjadi permintaan setiap hari anak anak setiap kali aku pulang dari kerja. Huhu, demam gua...tak boleh beli satu, kena beli tiga(3) baru tak bergaduh. Kadang kadang, tak beli dan layan sangat pun, daddy tunjuk wallet ada RM 1(Satu Ringgit) je, maknanya selamat untuk hari tu je, siap cakap lagi ( kesian daddy takda duit) haha, lepas setengah jam, bagitahu, daddy esok jangan lupa ya, kinder joy untuk saya ya, huhu.
Tahun depan dah nak sekolah, 5 tahun dah, siang tadi bawa ke pasaraya jalan jalan window shopping, zeref ternampak pula jam, nak jam pula dia...aduh, nasib baik murah...!
Muka happy dapat jam |
Dulu atok kau bawa balik tora dan dindang je nakk oi bila atok kau pulang dari kerja dan kadang kadang balik lewat malam, kalau mood dia baik, dia bawa balik jagung bakar, dalam tora tu pun, kalau nasib baik, kacang coklat ranggup, tapi biasanya lemau. Kalau ada duit lebih sikit dia beli mee bandung dengan gula gula hacks je zeref..
Muka sebelum dapat jam |
Aktiviti di Masa lapang |
Huh, anak anak, dia pun tak faham barang berjenama ke tidak, cuma yang mereka tahu mereka dapat apa yang mereka mahu,boleh makan dan pakai. Asalkan cantik di mata mereka...! Jangan la berkira
Wah, best la dapat la jam baru yer
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.