Hari ini muka zeref senyum lain macam, dengan harapan nak minta daddy belikan handphone tablet yang baru. senyum ada hajat, bila aku sampai je rumah, buka je pintu, dia dah tercegat kat depan aku, siap bagi salam dan cakap daddy kenapa wangi ni, haha.

Lain macam, ayat manis eh, ah, maaf akaun tahun ni dah closing (tutup), tunggu bajet tahun depan. Tengok tv je, banyak cerita kartun kat televisyen tu kan. Daddy pun dah bertahun tak tengok Televisyen, sebab korang asyik cop remote. Nasib baik ada telefon pintar dan laptop, dapatlah tahu sikit perkembangan semasa apa yang terjadi di luar sana.

Nasib baik gadget nya pecah, kalau masih ok, kerja nya asyik nak minta puji je, ajak orang tengok dia main game, lepas tu minta pendapat kita, dia power ke tak? Haha. Ini kisahnya , bagaimana boleh terbarai tablet gadget dia. Tekan di sini

Muka senyum lain macam
Zeref tak lama lagi dah nak sunat, siap sedia ya! macam abang nya Qayyum, haha, abang nya pula busy main permainan mobile legend dan free fire, tapi ada syaratnya, bila dah sekolah, permainan (game) dan gadget hanya di benarkan pada hari sabtu dan ahad sahaja serta cuti sekolah, ermm waktu sekolah boleh, tapi selepas kerja sekolah siap dan waktu malam sebelum tidur.
love you my son

Tapi bagus juga bila takda gadget ni, baru lah anak anak nak ajak sembang, berbual, bergurau dan sebagainya. Bukan niat nak membiarkan mereka lalai, cuma melayankan karenah mereka sementara kecil ini, bila dah mula sekolah nanti, dah takda la nak gadget semua ini.

So, nikmati la masa kecil korang ni. Bila buat sesuatu tu, biar lah bersungguh sungguh tidak kisahlah dalam apa jua perbuatan pun. Untung korang di lahirkan zaman milenium ni, zaman daddy tak jumpa game online ni semua, telefon pun paling canggih nokia jela, main permainan snake. Haha. Tuh yang orang pelik lihat aku, dah berusia 35 tahun pun, main permainan game lagi, macam kanak kanak, sebab aku masa kecik dulu, tak merasa. Haha. Ah peduli apa orang kata , yang penting Game on!

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar