Aduh, pening kepala daddy begini, apa taknya bila sampai je di rumah ,balik dari kerja , terkejut bila Zeref menangis, ingat apa la masalahnya, berebut biskut ke apa ke, terjatuh ke, rupa rupanya menangis sebab tab gamenya pecah. Aduh. Pening kepala daddy begini nakkk oi, tab gadget handphone ni, harga nya bukan macam harga gula gula mentos atau kinder joy awak tu, penat daddy cari duit nak belikan awak gadget ini, luluh hati daddy bila lihat kondisi nya yang teruk berkecai. 

Bila dengar apa alasan si budak kecik ni, kenapa sampai berkecai ? , alasan nya, tak boleh nak muat turun game yang baru...! Nak cari game baru yang senang menang je! Tu yang dia hempas handphone...padahal internet tiada, penyelesaiannya restart (onoff) modem internet unifi, kan dah beritahu, kalau internet tak dapat, beritahu lah pengasuh, biar pengasuh yang off dan on kan modem tu. Pengasuh pun tak cerdik. Tak boleh nak mengawal suasana keadaan. Nak marah pun tak guna, benda dah berlaku...


tab zeref pecah di hempas
tab zeref pecah

Pening kepala daddy begini zeref oi, buat masa ini , ikat pakai getah dulu lah, nasib baik hanya fizikal je pecah, dalam masih ok, boleh main game macam biasa, kalau nak beli tab yang baru, memang takda lah, banyak belanja hujung tahun ni, semua benda nak 'mati', roadtax, lesen, dan banyak lagi lah haha, roadtax kereta daddy pun dah nak hampir tenat ni..beg duit daddy pun hilang haritu. Nak buat kad baru semua , duit...dah la duit hilang, buat kad baru pun duit lagi...Malaysia...oh malaysia...duit oh duit mana kau. 

siang malam main handphone
Zeref Rayyan

Risau dengan keadaan sekeliling rumah sekarang, sebab banyak ular berkeliaran, maklumlah bersebelahan dengan kebun kelapa sawit, ingat kan menangis sebab ada ular dalam rumah, ermm..rupa rupanya tab gadget pecah berkecai

Ada hikmah yang berlaku, semua berlaku, mesti ada sebab, tenang dan sabar, walaupun hati sedih. (Ayat pujuk diri). 


Musim ular berkeliaran
Doa banyak banyak ye, doa daddy cepat kaya, doakan daddy supaya boleh beli tempat cop duit...amin.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.