Salam dan hai kepada semua pembaca blog ini, haha, posting kali ini santai, sekadar nak beritahu yang aku 'Ada ni haaa'!! Tadi di minda, banyak benda nak tulis, tapi bila mula nak menulis di blog, tiba tiba hilang ingatan, rasa nak kena sawan pun ada, tulis padam, tulis padam, blurr, haha, ermm tapi pelik bila tutup laptop, tiba tiba banyak pula idea datang, mencurah curah macam air terjun. Haish entahlah.
Begitu lah hidup seorang penulis bloggers separuh masa, tak boleh bayangkan lah kalau yang jenis blogger sepenuh masa, macam manalah mereka menulis? kalau tak menulis, takdelah pendapatan, bagaimana la situasi mereka? Macam mana la mereka dapat idea dalam menulis, suka tak suka, kena teruskan juga menulis demi periuk nasi, siapa kata menjadi blogger senang ? Kadang kadang terpaksa ambil mood untuk menulis, bila nak mula menulis tu, kena minum kopi dulu, dalam persekitaran suasana nyaman, itupun belum tentu idea datang sebenarnya.
Sebenarnya, ramai juga bloggers yang aku follow dari dulu lagi, dan memang respek la dengan mereka, masing masing ada gaya penulisan tersendiri. Ada yang masih bertahan, tak kurang juga yang telah menyepi.
Idea tu mahal sebenarnya, walau macamana pun, terpulang kepada niat masing masing dalam menulis, aku gunakan blog ini, sebagai platform untuk diri sendiri sebenarnya, macam e-library, tempat simpan data, next time, kalau terlupa , boleh rujuk semula dalam blog ini, Itulah tujuan aku menulis, hahaha..
Frust betul bila apply google adsense buat kali ke tujuh (7) kena tolak, tak tahu la mana silapnya, mungkin kena tukar template kot..rasa nya dah follow kriteria yang mereka listkan, aduh...! pelik, ada bloggers yang letak gambar je di posting blog dia, letak caption sikit, tapi lulus adsense nya...! Aduh..takpa lah, mungkin itu rezeki dia, sabar jela...huhu. (Atau nak kena mention aku sebagai bangsa Johor, baru google approve permohonan)? Haha, kalau itu salah satu sebab untuk adsense di luluskan, okey aku mengaku aku orang Segamat, Johor Bahru! hahaha
Nak mentioned jugak..
BalasHapusAda ni haaa
Terbaik Sahabat Bloggers....come on...aktif balik..haha
HapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.