Ada tak pembaca blog yang lahir era 80 an ( sudah pasti umur korang mencecah 30 tahun ke atas ) pada waktu ini. kan? Hihi Sewaktu kecil dahulu, korang mesti ternanti nanti rancangan televisyen superhero korang kan? Setiap jam 4.00-6.30 petang...memang best pada waktu tu, rancangan yang sentiasa di tunggu tunggu waktu itu seperti Ultraman taro, Zoffi, The Fruitties, sailorman, summersault, flashman, thundercat, Masked Rider, Voltron, Katy Catterpillar dan lain lain lagi.

Memang kenangan yang tidak akan di lupakan, tapi bila cerita dengan anak anak , diorang tak heran dan tak kisah pun...langsung takde perasaan nak mengenali superwira tu, yang diorang tahu boboi boi, booba, internet, komputer, dan kartun zaman milennium. Huh...


adi wira yang hebat
Kenangan pahit yang tak kan dapat aku lupakan bila tunggu ultraman Ace tak sampai sampai, arwah nenek aku dapat berita, yang ultraman akan datang di Madam King, kampung jawa, Melaka pada pukul 7.00 Malam, masa tu, memang happy sangat la...baru umur 4-5 tahun masa tu.Aku ke sana bersama nenek dan atuk masa tu, akupakai kemeja polis kollar, memang ramai gila orang di kampung jawa masa tu, berjam jam tunggu sambil mata kejap kejap pandang langgit...tak nampak langsung pun tanda tanda nak datang, hanya nampak burung layang layang je terbang.
Adi wira yang hebat
Tunggu punya tunggu,sampai ke malam ultraman tak datang datang, puas pandang langit, Nenek pula kejap kejap cakap, mana la ultraman ni, Akhir sekali, arwah atuk belikan mainan askar dan belanja kacang rebus, terubat hati sikit, tunggu ultraman tak datang datang, sedih juga la waktu tu, masa kecik kecik dah kena keledek dengan arwah atuk dan arwah nenek, Apa pun, memang seronok ketika kecil. Al Fatihah dan doa yang terbaik buat arwah atuk dan nenek aku, teringat kisah ini.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.