Aktiviti Di Hari Cuti Umum ialah seperti berkebun cucuk tanam, membersihkan kolam ikan dan melayan karenah si kucing parsi peliharaan yang comel.

Memang seronok bercucuk tanam, apatah lagi jika membuahkan hasil, seperti sayur sayuran, kalau beli di kedai, kena keluar duit lagi, kan? Gembira bila masak lauk, bahan bahannya dari apa yang kita tanam seperti cili, daun sup, daun bawang, bendi dan sebagainya. Bahagia nya hidup kan?

Sempat lah juga buat semua aktiviti seperti tu, kalau tak, biasanya bila balik je dari kerja, sampai rumah makan minum, solat, gaming dan terus tidur, pergi kerja gelap, pulang kerja pun gelap, huhu, bila nak menanam dan hias lanskap ? Haha. 

Aktiviti bercucuk tanam tadi ialah menanam bawang , bendi, cili kampung dan pokok limau...cuaca pun elok hari ini, cerah dan bahang. Biasanya kalau teringin, nak makan lauk Asam Rebus yang kandungannya seperti sayur bendi, terung, bawang...hah? Petik je kat laman rumah hanya sediakan, serbuk kunyit, cili blender , dan air asam jawa (biji) dan garam sedikit. masukan air, dan bahan bahan seperti bendi, kacang panjang, bawang dan terung . Fuh, padu! Lagipun aku memang suka masak memasak, mungkin terikut ikut masa kecik, suka main pondok pondok...haha

Aktiviti Di Hari Cuti Umum

Ikan gapi hiasan di rumah

aktiviti menanam sayur

Sekali sekala menghias lanskap ,bercucuk tanam, melayan haiwan peliharaan seronok juga, segar sikit badan. Bila sayur yang kita semai dari benih, mula tumbuh...dan segar bugar, oh, alangkah indahnya. 

Aktiviti Di Hari Cuti Umum

Dari tanah terbiar begitu sahaja, baik di usahakan, dah tak perlu nak beli di kedai lagi bahan bahan masakan, petik je di depan rumah, dah jimat kan wang! 

3 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. berbudi pada tanah pasti akan ada untungnya..

    BalasHapus
  2. Geramnya tgk si bulus lissa. Namanya kemain lagi

    BalasHapus
    Balasan
    1. sebab minat elvis presley..tuh yang letak nama lissa tu..haha

      Hapus

Posting Komentar