banner-2017-mcj skytechcreative bizness shopee

20 Desember 2019

Apa Lagi Dia Nak Semua Sudah

Apa lagi la si muka buku hendak ni !, buat perangai pula, semalam petang tiba tiba, keluar error 'Your message couldn't be sent because it includes content that other people on Facebook have reported as abusive,' , huh apa lagi tak kena ni?, kandungan dalam blog ini tidak lah menjurus ke arah kerosakan, melanggar polisi atau salah guna, segala yang bermanfaat di kongsikan bersama dan kisah yang di lalui penulis. Dari semalam menyemak dan kerja keras betulkan koding, mencari puncanya, semua arahan sudah patuh, dan masih lagi tidak boleh kongsi di facebook dan instagram. Rasanya dulu pernah lihat di post blog mana entah, pasal perkara ini iaitu tidak boleh meletakkan url link blog di facebook.

Penat juga memikirkan penyelesaiannya apa yang tak kena sampai kan si mark betul betul marah, siap tak benarkan (kongsi maklumat blog) untuk 'bersosial' di aplikasi miliknya. Meta tag sudah letak dan tiada masalah, clear cookies pun sudah, hantar surat cinta pada mark pun sudah, haha.


Ada berberapa kemungkinan kalau di kena kan 'tindakan tatatertib' oleh facebook ni, antaranya seperti, terlalu banyak iklan berasaskan perniagaan, di report oleh seseorang, mempunyai lebih daripada satu akaun facebook, atau sudah sampai masa  untuk kena banned ? ah,..pening kepala..! Siapa ada idea dan penyelesaiannya, boleh emel saya di safirulamar@gmail.com atau di ruangan komen di bawah ini. Tapi kan sejak kena banned dari facebook, pendapatan ada baik sikit ah hari ini ! haha, (ada hikmah kena banned).

Anda Mungkin Meminati :

2 komentar:

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari ANONYMOUS (TIDAK DI KENALI), akan di remove serta merta oleh penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa

PENAFIAN

Ini adalah Blog Peribadi Penulis. Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda melayari blog ini berlaku sawan,Mulut Berbuih, Kematian, Pengsan atau Sebarang Kecelakaan dan Penyakit Berjangkit. Segala kandungan artikel di dalam blog ini, adalah berdasarkan pada pengalaman dan idea penulis sepenuhnya, tidak menyalin artikel dari mana mana blog atau dari website sesiapa, Artikel boleh di ubah, mengikut situasi semasa, Terima Kasih